Page 24 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 24
21 Perlembagaan Persekutuan [Perkara 4]
(a) undang-undang itu mengenakan sekatan-sekatan ke atas
hak yang disebut dalam Fasal (2) Perkara 9 tetapi tidak
berhubungan dengan perkara-perkara yang disebut dalam
Perkara itu; atau
(b) undang-undang itu mengenakan mana-mana sekatan yang
disebut dalam Fasal (2) Perkara 10 tetapi sekatan-sekatan
itu tidak disifatkan perlu atau suai manfaat oleh Parlimen
bagi maksud-maksud yang disebut dalam Perkara itu.
(3) Kesahan mana-mana undang-undang yang dibuat oleh
Parlimen atau Badan Perundangan mana-mana Negeri tidak boleh
dipersoalkan atas alasan bahawa undang-undang itu membuat
peruntukan berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkenaan
dengannya Parlimen atau, mengikut mana-mana yang berkenaan,
Badan Perundangan Negeri itu tidak mempunyai kuasa untuk
membuat undang-undang, kecuali dalam prosiding untuk mendapatkan
suatu penetapan bahawa undang-undang itu adalah tidak sah atas
alasan itu atau—
(a) jika undang-undang itu telah dibuat oleh Parlimen, dalam
prosiding antara Persekutuan dengan satu atau beberapa
Negeri;
(b) jika undang-undang itu telah dibuat oleh Badan Perundangan
sesuatu Negeri, dalam prosiding antara Persekutuan
dengan Negeri itu.
(4) Prosiding untuk mendapatkan penetapan bahawa sesuatu
undang-undang adalah tidak sah atas alasan yang disebut
dalam Fasal (3) (iaitu prosiding yang tidak termasuk dalam
perenggan (a) atau (b) Fasal itu) tidak boleh dimulakan tanpa
kebenaran hakim Mahkamah Persekutuan; dan Persekutuan berhak
menjadi satu pihak dalam mana-mana prosiding itu, dan begitulah
juga dengan mana-mana Negeri yang akan atau mungkin menjadi
satu pihak dalam prosiding yang dibawa bagi maksud yang sama
di bawah perenggan (a) atau (b) Fasal itu.
Bahagian ii
KEBEBASAN ASASi
kebebasan diri
5. (1) Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan
kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang.

