Page 281 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 281
[Perkara 144] Perlembagaan Persekutuan 151
(3) Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan sebagai jawatan
khas apa-apa jawatan yang dipegang oleh ketua atau timbalan ketua
sesuatu jabatan atau oleh seseorang pegawai yang pada pendapatnya
adalah serupa tarafnya; dan pelantikan bagi menyandang mana-
mana jawatan yang ditetapkan sedemikian tidak boleh dibuat
mengikut Fasal (1) tetapi hendaklah dibuat oleh Yang di-Pertuan
Agong atas syor Suruhanjaya yang bidang kuasanya meliputi
perkhidmatan yang dalamnya jawatan itu dipegang.
(4) raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri boleh
menetapkan sebagai jawatan khas apa-apa jawatan dalam
perkhidmatan awam Negerinya yang dipegang oleh ketua atau
timbalan ketua sesuatu jabatan atau oleh seseorang pegawai yang
pada pendapatnya adalah serupa tarafnya; dan pelantikan bagi
menyandang mana-mana jawatan yang ditetapkan sedemikian tidak
boleh dibuat mengikut Fasal (1) tetapi hendaklah dibuat oleh raja
atau Yang di-Pertua Negeri atas syor Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam (atau, jika di dalam Negeri itu ada suatu Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Negeri, atas syor Suruhanjaya itu).
(5) Sebelum bertindak, mengikut Fasal (3) atau (4), atas syor
Suruhanjaya yang disebut dalam Fasal itu—
(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah menimbangkan nasihat
Perdana Menteri; dan
(b) raja atau Yang di-Pertua Negeri hendaklah menimbangkan
nasihat Ketua Menteri Negerinya,
dan boleh merujukkan syor itu balik satu kali kepada Suruhanjaya
itu untuk ditimbangkan semula.
(5a) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Fasal (5b),
undang-undang persekutuan dan, tertakluk kepada peruntukan
mana-mana undang-undang itu, peraturan-peraturan yang dibuat
oleh Yang di-Pertuan Agong boleh, walau apa pun peruntukan
Fasal (1) Perkara 135, membuat peruntukan bagi mana-mana
pegawai dalam sesuatu perkhidmatan yang diliputi oleh bidang
kuasa Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini terpakai, atau bagi
mana-mana lembaga pegawai itu, menjalankan mana-mana fungsi
Suruhanjaya itu di bawah Fasal (1):
Dengan syarat bahawa—
(a) tiada undang-undang atau peraturan sedemikian boleh
membuat peruntukan bagi mana-mana pegawai atau
lembaga pegawai itu menjalankan apa-apa kuasa membuat

