Page 286 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 286

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN

                    per.  144—(samb.)
                       Fasal  (6a): Ditambahkan  oleh Akta 25/1963, seksyen 4, berkuat kuasa dari 29-08-1963.
                       Fasal  (8): lihat Per.  146c(3).
                    per.  145
                       Perkara  yang  ada  sekarang  digantikan  oleh  Akta  10/1960,  seksyen  26,  berkuat  kuasa  dari
                       16-09-1963.  Perkara yang  dahulu berbunyi seperti yang  berikut:
                         “145.  (1)  Yang  di-Pertuan  Agong  hendaklah,  selepas  berunding  dengan  Suruhanjaya
                         Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, melantik daripada kalangan anggota Perkhidmatan
                         Kehakiman  dan  Perundangan  seorang  Peguam  Negara,  yang  hendaklah  seorang  yang
                         berkelayakan menjadi hakim  Mahkamah Persekutuan.
                            (2)  Peguam Negara hendaklah memberi nasihat mengenai perkara undang-undang yang
                         dirujukkan  kepadanya  oleh  Yang  di-Pertuan Agong  atau  jemaah  Menteri,  dan  hendaklah
                         mempunyai  kuasa,  yang  boleh  dijalankan  menurut  budi  bicaranya,  untuk  memulakan,
                         menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding
                         di  hadapan  mahkamah  Syariah, mahkamah anak  negeri  atau mahkamah tentera.
                            (3)  Peguam  Negara  berhak  untuk  didengar  di  dalam  mana-mana  mahkamah  atau
                         tribunal  dan  hendaklah  diberi  keutamaan  daripada  mana-mana  orang  lain  yang  hadir  di
                         hadapan mana-mana mahkamah atau tribunal itu.
                            (4)  Tertakluk  kepada  Fasal  (5),  Peguam  Negara  hendaklah  memegang  jawatan
                         sehingga dia mencapai umur enam puluh lima tahun atau lebih, tidak lewat daripada enam
                         bulan selepas  dia mencapai umur itu, sebagaimana  yang diluluskan oleh Yang di-Pertuan
                         Agong.
                            (5)  Peguam Negara boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya tetapi tidaklah
                         boleh  dipecat  daripada  jawatan  kecuali  atas  alasan-alasan  dan  mengikut  cara  yang  sama
                         seperti seorang hakim Mahkamah  Persekutuan.”.
                       Fasal  (1) & (6)
                         a.  Perkataan  “Mahkamah  Besar”  digantikan  dengan  “Mahkamah  Persekutuan”  oleh
                           Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat  kuasa dari 16-09-1963.
                         b.  Subseksyen 18(2), Akta A566, berkuat kuasa dari 01-01-1985, memperuntukkan bahawa
                           sebutan mengenai Mahkamah Persekutuan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai
                           Mahkamah Agung.
                         c.  Perkataan “Agung” digantikan dengan “Persekutuan” oleh Akta A885, seksyen 34, berkuat
                           kuasa dari 24-06-1994.
                       Fasal  (3)
                       Perkataan  “mahkamah  anak  negeri”  dimasukkan  selepas  “mahkamah  Syariah”  oleh  Akta
                       26/1963, seksyen 70,  berkuat kuasa dari  16-09-1963.

                       Fasal  (3a):  Ditambahkan oleh Akta A704,  seksyen  10, berkuat kuasa dari 10-06-1988.
   281   282   283   284   285   286   287   288   289   290   291