Page 284 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 284
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 144—(samb.)
Fasal (5b)
a. Ditambahkan oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 19-09-1966.
b. Subperenggan (i) digantikan oleh Akta A193, seksyen 5, berkuat kuasa dari 01-01-1974.
Subperenggan yang dahulu berbunyi seperti yang berikut:
“(i) Walau apa pun peruntukan Fasal (1) Perkara 135 dan Perkara 139, segala
kuasa dan fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang ditubuhkan di bawah
Perkara 139, selain kuasa membuat pelantikan pertama kepada perjawatan tetap
atau berpencen, boleh dijalankan oleh suatu lembaga yang dilantik oleh Yang
di-Pertuan Agong.”.

