Page 31 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 31
[Perkara 8] Perlembagaan Persekutuan 25
(e) apa-apa peruntukan Perlembagaan sesuatu Negeri, yang
adalah atau yang bersamaan dengan suatu peruntukan
yang berkuat kuasa sebaik sebelum Hari Merdeka;
(f) apa-apa peruntukan yang mengehadkan pengambilan masuk
tentera ke dalam rejimen Askar Melayu kepada orang
Melayu.
larangan buang negeri dan kebebasan bergerak
9. (1) Tiada seorang pun warganegara boleh dibuang negeri dari
atau ditahan masuk ke Persekutuan.
(2) Tertakluk kepada Fasal (3) dan kepada mana-mana undang-
undang yang berhubungan dengan keselamatan Persekutuan atau
mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam, kesihatan awam,
atau penghukuman pesalah, tiap-tiap warganegara berhak bergerak
dengan bebas di seluruh Persekutuan dan bermastautin di mana-
mana bahagiannya.
(3) Selagi mana-mana Negeri lain berada dalam kedudukan
istimewa di bawah Perlembagaan ini berbanding dengan Negeri-
Negeri Tanah Melayu, Parlimen boleh melalui undang-undang
mengenakan sekatan-sekatan, antara Negeri itu dengan Negeri-
Negeri yang lain, ke atas hak-hak yang diberikan oleh Fasal (2)
berkenaan dengan pergerakan dan kemastautinan.
kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan
10. (1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—
(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap
dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman
dan tanpa senjata;
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—
(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1),
apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat
demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-
mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-

