Page 32 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 32

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN

                    per.  9
                       lihat Per.  149(1).
                       Fasal  (2)
                         a.  Perkataan  “Tertakluk  kepada  Fasal  (3)  dan  kepada  mana-mana  undang-undang  yang
                           berhubungan dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya” menggantikan
                           perkataan “Tertakluk kepada apa-apa sekatan yang dikenakan oleh mana-mana undang-
                           undang  yang  berhubungan  dengan  keselamatan  Persekutuan”  menurut  Akta  26/1963,
                           subseksyen  60(1), berkuat  kuasa dari  16-09-1963.
                         b.  lihat Per.  4(2)(a).
                       Fasal  (3)
                         a.  Ditambahkan  oleh  Akta  26/1963,  subseksyen  60(1),  berkuat  kuasa  dari  16-09-1963.
                           Suatu proviso yang ditambahkan pada masa yang sama dimansuhkan oleh Akta 59/1966,
                           seksyen  2,  berkuat  kuasa  dari  19-09-1966.  Sebagaimana  yang  terdapat  pada  tarikh
                           pemansuhan, proviso itu  berbunyi seperti yang berikut:
                             “Dengan  syarat  bahawa  tiada  sekatan  ke  atas  hak  bergerak  antara  Negeri  Singapura
                           dengan Negeri-Negeri Tanah Melayu boleh dikenakan menurut kuasa Fasal ini kecuali
                           melalui  suatu  undang-undang  yang  berhubungan  dengan  buruh  atau  pendidikan  atau
                           dengan  apa-apa  perkara  yang  berkenaan  dengannya,  oleh  sebab  kedudukan  istimewa
                           Negeri  Singapura,  ternyata  kepada  Parlimen  wajar  ditahan  penikmatan  hak-hak  itu  di
                           kedua-dua Negeri Singapura dan Negeri-Negeri Tanah  Melayu.”.
                         b.  Terpakai  bagi  undang-undang  yang  diluluskan  sebelum  Hari  Malaysia  supaya  dapat
                           dikenakan sekatan  mulai  dari  Hari Malaysia —lihat subseksyen 60(2), Akta 26/1963.
                         c.  Proviso dipinda dengan menambahkan “dan apa-apa sekatan seperti itu hendaklah dipakai
                           bersalingan kepada Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Negeri Singapura” di hujungnya
                           oleh Akta  19/1964,  seksyen 2, berkuat kuasa dari 30-07-1964.
                    per.  10

                       lihat Per.  149(1).
                       Fasal  (1)
                       Perkataan  “Tertakluk  kepada  Fasal  (2),  (3)  dan  (4)”  menggantikan  “Tertakluk  kepada
                       Fasal (2)  dan  (3)”  menurut Akta A30, seksyen  2, berkuat  kuasa  dari  10-03-1971.
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37