Page 322 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 322

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN
                    per.  160—(samb.)

                       c.  Takrif “Gabenor”:
                         i.  Dimasukkan  oleh Akta 26/1963, seksyen 5, berkuat  kuasa  dari 16-09-1963.
                         ii.  Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 09-08-1965, memotong perkataan “dan Yang
                           di-Pertuan Negara Singapura” yang terdapat di hujung takrif dan membetulkan kesilapan
                           dalam  Cetakan  Semula  tahun  1964  dengan  menggantikan  perkataan  “Yang  di-Pertuan
                           Negara  Sabah” dengan “Yang di-Pertua  Negara Sabah”.
                        iii.  Dipotong oleh Akta A354, seksyen 41, berkuat kuasa dari 27-08-1976. Takrif yang dahulu
                           berbunyi  seperti  yang berikut:
                             ‘ “gabenor” ertinya Ketua Negeri, tidak kira dengan apa jua gelaran dia dikenali, di
                           sesuatu Negeri yang tidak mempunyai raja (dan khususnya termasuklah Yang di-Pertua
                           Negara  Sabah);’.
                       d.  Takrif “jawatan  berpendapatan”:
                         i.  Takrif yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 5, berkuat kuasa dari
                           16-09-1963. Takrif  yang  dahulu,  sebagaimana  yang  terdapat  pada  tarikh  pemansuhan,
                           berbunyi  seperti  yang berikut:
                             ‘  “jawatan  berpendapatan”  ertinya  apa-apa  jawatan  sepenuh  masa  dalam  mana-
                           mana  perkhidmatan  awam,  dan  termasuklah  jawatan  Hakim  Besar  atau  hakim  lain
                           Mahkamah Agung, Ketua Audit Negara, anggota Suruhanjaya Pilihan raya atau mana-
                           mana  Suruhanjaya  yang  Bahagian  X  terpakai  baginya,  dan  apa-apa  jawatan  lain  yang
                           ditetapkan sebagai  jawatan berpendapatan melalui Akta Parlimen;’.
                         ii.  Subseksyen 18(2) Akta A566, berkuat kuasa dari 01-01-1985 memperuntukkan bahawa
                           sebutan mengenai Mahkamah Persekutuan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai
                           Mahkamah Agung.
                        iii.  Perkataan “Mahkamah Agung” digantikan dengan “Mahkamah Persekutuan, Mahkamah
                           rayuan”  oleh Akta A885, perenggan 38(a), berkuat  kuasa dari 24-06-1994.
                       e.  Takrif “jawatankuasa Kaedah”:
                         Takrif  ini  dimansuhkan  oleh  Akta  26/1963,  seksyen  70,  berkuat  kuasa  dari  16-09-1963
                         dan  berbunyi  seperti  yang berikut:
                             ‘ “jawatankuasa Kaedah” ertinya jawatankuasa Kaedah atau pihak berkuasa lain yang
                           mempunyai kuasa di bawah undang-undang bertulis untuk membuat kaedah-kaedah atau
                           perintah-perintah yang mengawal selia  amalan dan  tatacara Mahkamah Agung;’.
                       f.  Takrif “Kadar  tempatan”:
                         Takrif ini dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-09-1963, dan
                         dimansuhkan oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 09-08-1965 dan berbunyi
                         seperti yang berikut:
                             ‘  “kadar  tempatan”,  berhubung  dengan  Singapura,  termasuklah  cukai  harta  yang
                           dilevikan  bagi maksud-maksud tempatan oleh  Negeri;’.
                       g.  Takrif “kekosongan luar jangka”:
                         Perkataan “yang berlaku dalam Dewan Negara dengan apa-apa sebab selain habis tempoh
                         jawatan  seseorang  ahli,  atau  sesuatu  kekosongan”  yang  terdapat  selepas  perkataan
                         “ertinya  kekosongan”  dipotong  oleh  Akta  31/1965,  subseksyen  2(2),  berkuat  kuasa  dari
                         01-07-1965.
                       h.  Takrif “Ketua menteri” dan “menteri  Besar”:
                         i.  Takrif  yang  ada  sekarang  dimasukkan  oleh  Akta  26/1963,  seksyen  5,  berkuat  kuasa
                           dari 16-09-1963.
                         ii.  Takrif itu dipinda oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 09-08-1965, dengan
                           memotong  perkataan  “(dan  khususnya  “Ketua  Menteri”  termasuklah  Perdana  Menteri
                           di  Singapura)”  yang  terdapat  di  hujung  Fasal. Takrif  yang  asal  berbunyi  seperti  yang
                           berikut:
                             ‘ “Ketua  Menteri”  termasuklah Menteri  Besar;’.
                       i.  Takrif “majlis mesyuarat  Kerajaan”:
                          Dimasukkan  oleh Akta 26/1963, seksyen 5, berkuat  kuasa  dari 16-09-1963.
   317   318   319   320   321   322   323   324   325   326   327