Page 319 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 319
[Perkara 160] Perlembagaan Persekutuan 169
tafsiran
160. (1) Ordinan Tafsiran dan Fasal-Fasal Am 1948 [m.U. 7
tahun 1948], sebagaimana yang berkuat kuasa sebaik sebelum
Hari Merdeka, setakat yang dinyatakan dalam jadual Kesebelas,
hendaklah terpakai bagi pentafsiran Perlembagaan ini sebagaimana
Ordinan itu terpakai bagi mentafsirkan mana-mana undang-undang
bertulis mengikut pengertian Ordinan itu, tetapi dengan menggantikan
sebutan mengenai Pesuruhjaya Tinggi dengan sebutan mengenai
Yang di-Pertuan Agong.
(2) Dalam Perlembagaan ini, melainkan jika konteksnya
menghendaki makna yang lain, ungkapan-ungkapan yang berikut
mempunyai erti sebagaimana yang diberikan dengan ini kepadanya
masing-masing, iaitu—
“Akta Parlimen” ertinya undang-undang yang dibuat oleh
Parlimen;
“anggota pentadbiran”, berhubung dengan Persekutuan, ertinya
seseorang yang memegang jawatan sebagai Menteri, Timbalan
Menteri, Setiausaha Parlimen atau Setiausaha Politik dan, berhubung
dengan sesuatu Negeri, ertinya seseorang yang memegang sesuatu
jawatan yang bersamaan di dalam Negeri itu atau yang memegang
jawatan sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (selain anggota
kerana jawatan);
“Badan Perundangan”, berhubung dengan sesuatu Negeri, ertinya
pihak berkuasa yang mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan
Negeri itu untuk membuat undang-undang bagi Negeri itu;
“cukai” termasuklah impos atau duti tetapi tidak termasuk kadar
yang dilevikan bagi maksud tempatan atau fi bagi perkhidmatan
yang diberikan;
“Dewan Undangan” ertinya dewan perwakilan, tidak kira
bagaimana jua disebut, dalam Badan Perundangan sesuatu Negeri
(dan khususnya termasuklah Majlis Negeri di Sarawak), tetapi
kecuali dalam jadual Kelapan termasuklah juga sesuatu Majlis
Undangan, tidak kira bagaimana jua disebut;
“Enakmen”, jika ungkapan itu terdapat dalam jadual Kelapan,
ertinya undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan
sesuatu Negeri;
“gabenor” (Dimansuhkan);

