Page 327 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 327

[Perkara  160]      Perlembagaan  Persekutuan                   173

                “Undang-undang” termasuklah undang-undang bertulis, common
              law  setakat  yang  berkuat  kuasa  di  dalam  Persekutuan  atau
              mana-mana  bahagiannya,  dan  apa-apa  adat  atau  kelaziman  yang
              mempunyai kuat kuasa undang-undang di dalam Persekutuan atau
              mana-mana bahagiannya;

                “undang-undang  bertulis”  termasuklah  Perlembagaan  ini  dan
              Perlembagaan mana-mana  Negeri;

                “undang-undang Negeri”  ertinya—

                    (a)  mana-mana undang-undang sedia ada yang berhubungan
                        dengan  sesuatu  perkara  yang  mengenainya  Badan
                        Perundangan  sesuatu  Negeri  mempunyai  kuasa  untuk
                        membuat  undang-undang,  iaitu  undang-undang  yang
                        diteruskan  kuat  kuasanya  di  bawah  Bahagian  Xiii;
                        dan
                    (b)  sesuatu undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan
                        sesuatu  Negeri;

                “undang-undang persekutuan”  ertinya—
                    (a)  mana-mana undang-undang sedia ada yang berhubungan
                        dengan  sesuatu  perkara  yang  mengenainya  Parlimen
                        mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang, iaitu
                        undang-undang yang diteruskan kuat kuasanya di bawah
                        Bahagian  Xiii;  dan
                    (b)  apa-apa Akta  Parlimen;

                “undang-undang  yang  sedia  ada”  ertinya  mana-mana  undang-
              undang yang berkuat kuasa di dalam Persekutuan atau mana-mana
              bahagiannya sebaik  sebelum Hari  Merdeka;


                “warganegara”  ertinya warganegara  Persekutuan;

                “Yang di-Pertua Negeri” ertinya Ketua Negeri di sesuatu Negeri
              yang tidak mempunyai raja.

                (3)  Melainkan  jika  konteksnya  menghendaki  makna  yang
              lain, apa-apa sebutan dalam Perlembagaan ini mengenai sesuatu
              Bahagian,  Perkara  atau  jadual  tertentu  ialah  sebutan  mengenai
              Bahagian  atau  Perkara  dalam  Perlembagaan  ini,  atau  jadual
              kepada Perlembagaan ini, apa-apa sebutan mengenai sesuatu bab,
              fasal,  seksyen  atau  perenggan  tertentu  ialah  sebutan  mengenai
              bab dalam Bahagian, fasal dalam Perkara, seksyen dalam jadual,
              atau perenggan dalam fasal atau seksyen, yang dalamnya terdapat
   322   323   324   325   326   327   328   329   330   331   332