Page 426 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 426

221                 Perlembagaan Persekutuan             [jaDual
                                                                             keseMbilan]

                          (e)  dius  api;  dan

                           (f)  bangkai  dan  salvaj.
                    10.  Perhubungan  dan  pengangkutan,  termasuk—
                          (a)  jalan,  jambatan,  feri  dan  cara  perhubungan  yang  lain  jika
                              diisytiharkan sebagai persekutuan oleh atau di bawah undang-undang
                              persekutuan;
                          (b)  kereta  api,  tidak  termasuk  Kereta Api  Bukit  Bendera;
                          (c)  jalan udara, pesawat udara dan penerbangan udara; padang terbang
                              awam;  peruntukan  bagi  keselamatan  pesawat  udara;
                          (d)  pengawalseliaan  lalu  lintas  mengikut  jalan  darat,  air  dan  udara,
                              selain lalu lintas di sungai-sungai di luar kawasan pelabuhan yang
                              keseluruhannya  terletak  di  dalam  satu  Negeri;
                          (e)  pembawaan penumpang dan barangan mengikut jalan darat, air dan
                              udara;

                           (f)  kenderaan  yang  didorong  secara  mekanik;
                          (g)  pos  dan  telekomunikasi;  dan
                          (h)  wayarles,  penyiaran  dan  televisyen.
                    11.  Kerja-kerja  dan  kuasa  Persekutuan,  termasuk—
                          (a)  kerja  raya  bagi  maksud  persekutuan;
                          (b)  bekalan air, sungai dan terusan, kecuali yang keseluruhannya terletak
                              di dalam satu Negeri atau yang dikawal selia oleh suatu perjanjian
                              antara semua Negeri yang berkenaan; pengeluaran, pengagihan dan
                              pembekalan  kuasa  air;  dan
                          (c)  elektrik;  gas  dan  kerja  gas;  dan  kerja  lain  bagi  pengeluaran  dan
                              pengagihan  kuasa  dan  tenaga.
                    12.  Tinjauan, siasatan dan penyelidikan, termasuk—
                          (a)  banci; pendaftaran kelahiran dan kematian; pendaftaran perkahwinan;
                              pendaftaran  pengangkatan,  selain  pengangkatan  di  bawah  hukum
                              Syarak  atau  adat  Melayu;
                          (b)  tinjauan Persekutuan; tinjauan sosial, ekonomi dan sains; organisasi
                              kaji  cuaca;
                          (c)  penyelidikan  sains  dan  teknik;  dan
                          (d)  suruhanjaya  siasatan.

                    13.  Pendidikan,  termasuk—
                          (a)  pendidikan rendah, menengah dan universiti; pendidikan vokasional
                              dan teknik; latihan guru; pendaftaran dan pengawalan guru, pengurus
                              dan sekolah; pemajuan pengajian khas dan penyelidikan; pertubuhan
                              sains  dan  sastera;
                          (b)  perpustakaan; muzium; monumen dan rekod purbakala dan sejarah;
                              tapak  dan  peninggalan  zaman  purba.
   421   422   423   424   425   426   427   428   429   430   431