Page 423 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 423
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
Jadual kesembilan—(samb.)
Butiran 4(k)
Perkataan “dan undang-undang diri yang lain” dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen
70, berkuat kuasa dari 16-09-1963.
Butiran 6(e)
1. Perenggan yang asal berbunyi seperti yang berikut:
“(e) Kerajaan Tempatan dan perancangan bandar di dalam, dan bekalan air kepada,
ibu kota persekutuan;”.
2. Akta A206, seksyen 11, berkuat kuasa dari 01-02-1974 menggantikan perenggan
yang asal dengan yang berikut:
“(e) Pemerintahan dan pentadbiran Wilayah Persekutuan termasuk hukum
Syarak di dalamnya setakat yang sama seperti yang diperuntukkan dalam
butiran 1 Senarai Negeri.”.
3. Kemudiannya pula, perenggan ini digantikan oleh Akta A585, seksyen 20, berkuat
kuasa dari 16-04-1984.
4. Perenggan ini telah dipinda sekali lagi oleh Akta A1095, subperenggan 20(a)(i),
berkuat kuasa dari 01-02-2001 dengan menggantikan perkataan “Kuala Lumpur dan
Labuan” dengan perkataan “Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya”.
Butiran (7)(f) & (g): lihat Per. 108(4)(f).

