Page 422 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 422
219 Perlembagaan Persekutuan [jaDual
keseMbilan]
(j) bidang kuasa Admiralti;
(k) penentuan hukum Syarak dan undang-undang diri yang lain bagi
maksud undang-undang persekutuan; dan
(l) pertaruhan dan loteri.
5. Kewarganegaraan Persekutuan dan penaturalisasian; orang asing.
6. jentera kerajaan, tertakluk kepada Senarai Negeri, tetapi termasuk—
(a) pemilihan menjadi ahli kedua-dua Majlis Parlimen dan Dewan-Dewan
Undangan Negeri dan segala perkara yang berkaitan dengannya;
(b) Majlis Angkatan Tentera dan Suruhanjaya yang baginya Bahagian X
terpakai;
(c) perkhidmatan persekutuan, termasuk mengadakan perkhidmatan
bersama bagi Persekutuan dan Negeri-Negeri; perkhidmatan bersama
bagi dua Negeri atau lebih;
(d) pencen dan pampasan kerana hilang jawatan; ganjaran dan syarat-
syarat perkhidmatan;
(e) pemerintahan dan pentadbiran Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Labuan dan Putrajaya termasuk hukum Syarak di dalamnya
setakat yang sama sebagaimana yang diperuntukkan dalam butiran 1
Senarai Negeri dan berkenaan dengan Wilayah Persekutuan Labuan,
undang-undang dan adat anak negeri setakat yang sama sebagaimana
yang diperuntukkan dalam butiran 13 Tambahan kepada Senarai
Negeri bagi Negeri Sabah dan Sarawak;
(f) kontrak Kerajaan Persekutuan;
(g) pihak berkuasa awam Persekutuan; dan
(h) pembelian, pengambilan dan pemegangan, dan pembuatan apa-apa
urusan mengenai, harta bagi maksud persekutuan.
7. Kewangan, termasuk—
(a) mata wang, wang sah dan pensyilingan;
(b) simpanan negara dan bank simpanan;
(c) peminjaman atas jaminan Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan;
(d) pinjaman kepada atau peminjaman oleh Negeri, pihak berkuasa awam
dan perusahaan persendirian;
(e) hutang awam Persekutuan;
(f) tatacara kewangan dan perakaunan, termasuk tatacara bagi pemungutan,
penjagaan dan pembayaran wang awam Persekutuan dan wang awam
Negeri, dan pembelian, penjagaan dan pelupusan harta awam selain
tanah Persekutuan dan tanah Negeri;
(g) audit dan akaun Persekutuan dan Negeri dan pihak berkuasa awam
yang lain;
(h) cukai; kadar di ibu kota persekutuan;

