Page 456 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 456
237 Perlembagaan Persekutuan [jaDual
kesebelas]
Seksyen Hal Perkara
(c) apabila apa-apa perbuatan atau prosiding diarahkan atau
dibenarkan dilakukan atau dijalankan pada suatu hari
yang tertentu, maka, jika hari itu kebetulannya hari
terkecuali, perbuatan atau prosiding itu hendaklah
dianggap sebagai dilakukan atau dijalankan dalam
masa yang sewajarnya jika dilakukan atau dijalankan
pada hari yang pertama selepas itu, iaitu yang bukan
hari terkecuali;
(d) apabila sesuatu perbuatan atau prosiding diarahkan atau
dibenarkan dilakukan atau dijalankan dalam apa-apa
masa yang tidak melebihi enam hari, maka hari-hari
terkecuali tidak boleh dihitung pada mengira masa
itu.
38 Peruntukan apabila masa tidak ditetapkan—
jika masa tidak ditetapkan atau dibenarkan yang dalamnya
apa-apa benda hendak dilakukan, maka benda itu hendaklah
dilakukan dengan seberapa segera yang boleh dan seberapa
kerap keadaan yang ditetapkan itu berlaku.
39 Pentafsiran kuasa untuk melanjutkan masa—
jika dalam mana-mana undang-undang bertulis masa
ditetapkan bagi melakukan apa-apa perbuatan atau
menjalankan apa-apa prosiding dan kuasa diberikan kepada
sesuatu mahkamah atau pihak berkuasa yang lain untuk
melanjutkan masa itu, maka, melainkan jika terdapat niat
yang berlawanan, kuasa itu boleh dijalankan oleh mahkamah
atau pihak berkuasa yang lain itu walaupun permohonan
bagi pelanjutan masa itu tidak dibuat sehingga selepas
habis tempoh masa yang ditetapkan.

