Page 451 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 451
[jaDual Perlembagaan Persekutuan 234
kesebelas]
Seksyen Hal Perkara
23 Peruntukan am mengenai kuasa yang diberikan kepada mana-
mana pihak berkuasa untuk membuat perundangan subsidiari—
jika sesuatu Ordinan atau Enakmen memberikan
kuasa kepada mana-mana pihak berkuasa untuk membuat
perundangan subsidiari, maka perundangan subsidiari itu
boleh pada bila-bila masa dipinda, diubah, dihapuskan atau
dibatalkan oleh pihak berkuasa yang sama dan mengikut
cara yang sama sebagaimana perundangan subsidiari itu
dibuat.
28 Pentafsiran peruntukan tentang penjalanan kuasa dan
kewajipan—
(1) jika sesuatu undang-undang bertulis memberikan
sesuatu kuasa atau mengenakan sesuatu kewajipan, maka,
melainkan jika terdapat niat yang berlawanan, kuasa itu
boleh dijalankan dan kewajipan itu hendaklah dilaksanakan
dari semasa ke semasa mengikut kehendak keadaan.
(2) jika sesuatu undang-undang bertulis memberikan
sesuatu kuasa atau mengenakan sesuatu kewajipan kepada
pemegang sesuatu jawatan sebagai yang sedemikian, maka,
melainkan jika terdapat niat yang berlawanan, kuasa itu boleh
dijalankan dan kewajipan itu hendaklah dilaksanakan oleh
pemegang jawatan pada masa ini atau oleh seseorang yang
dilantik dengan sewajarnya untuk bertindak bagi dirinya.
29 Kuasa untuk melantik termasuklah kuasa untuk membuang
kerja—
jika suatu undang-undang bertulis memberi mana-mana
orang atau pihak berkuasa kuasa untuk membuat pelantikan
bagi memegang apa-apa jawatan atau kedudukan, maka,
melainkan jika terdapat niat yang berlawanan, kuasa
itu hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk kuasa untuk
membuang kerja atau menggantung mana-mana orang yang
dilantik dan melantik seorang lain buat sementara bagi
menggantikan mana-mana orang yang digantung sedemikian
atau bagi menggantikan mana-mana pemegang jawatan atau
kedudukan yang sakit atau tidak hadir.

