Page 454 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 454

236                 Perlembagaan Persekutuan              [jaDual
                                                                              kesebelas]

                       Seksyen                        Hal Perkara

                                     dan kewajipan itu hendaklah dilaksanakan di tempat itu oleh
                                     orang yang dinamakan oleh, atau oleh pegawai awam yang
                                     memegang jawatan yang ditetapkan oleh, Yang di-Pertuan
                                     Agong  atau  raja,  mengikut  mana-mana  yang  berkenaan;
                                     dan dengan itu orang atau pegawai awam itu, dalam apa-apa
                                     tempoh yang disebut terdahulu, hendaklah mempunyai dan
                                     boleh menjalankan kuasa itu dan hendaklah melaksanakan
                                     kewajipan yang disebut terdahulu tertakluk kepada apa-apa
                                     syarat,  kekecualian  dan  pembatasan  yang  diarahkan  oleh
                                     Yang di-Pertuan Agong atau raja.

                                       (2)  Tanpa menjejaskan peruntukan subseksyen (1), apabila
                                     pemegang  hakiki  mana-mana  jawatan  bercuti  sebelum
                                     melepaskan jawatannya maka adalah sah bagi seorang lain
                                     dilantik  secara  hakiki  bagi  menggantikannya.
                      33c          Kuasa sesuatu lembaga, dsb., tidak terjejas oleh kekosongan,
                                   dsb.—
                                       jika mana-mana lembaga, suruhanjaya, jawatankuasa atau
                                     badan  yang  seumpamanya,  sama  ada  yang  diperbadankan
                                     atau  tidak  diperbadankan,  ditubuhkan  melalui  atau
                                     di  bawah  mana-mana  undang-undang  bertulis,  maka,
                                     melainkan  jika  terdapat  niat  yang  berlawanan,  kuasa
                                     dan  prosiding  lembaga,  suruhanjaya,  jawatankuasa  atau
                                     badan  yang  seumpamanya  itu  tidaklah  terjejas  oleh—
                                      (a)  apa-apa  kekosongan  dalam  keanggotaannya;
                                      (b)  apa-apa kecacatan yang didapati kemudiannya tentang
                                          pelantikan  atau  kelayakan  seseorang  yang  berupa
                                          sebagai  anggotanya;  atau
                                      (c)  apa-apa ketidakteraturan yang kecil dalam memanggil
                                          mana-mana mesyuaratnya.
                      35           (Dimansuhkan).

                      36           Pengiraan  masa—

                                       Pada mengira masa bagi maksud mana-mana undang-undang
                                     bertulis,  melainkan  jika  terdapat  niat  yang  berlawanan—
                                      (a)  tempoh beberapa hari dari berlakunya sesuatu kejadian
                                          atau  dari  pelakuan  apa-apa  perbuatan  atau  benda
                                          hendaklah  disifatkan  sebagai  tidak  termasuk  hari
                                          kejadian  itu  berlaku  atau  perbuatan  atau  benda  itu
                                          dilakukan;
                                      (b)  jika hari terakhir dalam tempoh itu ialah hari kelepasan
                                          mingguan atau hari kelepasan am (hari yang disebut
                                          sebagai  hari  terkecuali  dalam  seksyen  ini)  maka
                                          tempoh  itu  hendaklah  termasuk  hari  yang  pertama
                                          yang berikutnya, iaitu yang bukan hari terkecuali;
   449   450   451   452   453   454   455   456   457   458   459