Page 73 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 73

[Perkara  34]       Perlembagaan  Persekutuan                    46

                (8)  Tiada apa-apa jua dalam Fasal (1) boleh menghalang Yang
              di-Pertuan Agong daripada menjalankan apa-apa kuasa yang terletak
              hak padanya sebagai raja Negerinya sama ada berseorangan atau
              bersama-sama dengan mana-mana  pihak berkuasa  lain—

                    (a)  bagi meminda  Perlembagaan Negeri itu;  atau
                    (b)  bagi melantik seorang Pemangku raja atau anggota Majlis
                        Pemangku raja sebagai ganti mana-mana Pemangku raja
                        atau  anggota  Majlis  Pemangku  raja,  mengikut  mana-
                        mana yang berkenaan, yang telah mati atau yang tidak
                        berupaya  kerana  apa-apa  sebab  untuk  masing-masing
                        melaksanakan tugas jawatan Pemangku raja atau anggota
                        Majlis Pemangku raja.



              peruntukan Diraja bagi Yang di-pertuan agong dan Isterinya
              dan saraan timbalan Yang  di-pertuan agong

              35.  (1)  Parlimen  hendaklah  melalui  undang-undang*
              memperuntukkan  suatu  Peruntukan  Diraja  bagi  Yang  di-Pertuan
              Agong  yang  hendaklah  termasuk  peruntukan  untuk  membayar
              anuiti kepada raja Permaisuri Agong, dan Peruntukan Diraja itu
              hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan dan
              tidak boleh dikurangkan semasa Yang di-Pertuan Agong memegang
              jawatannya.

                (2)  Parlimen  hendaklah  melalui  undang-undang**  membuat
              peruntukan  bagi  saraan  Timbalan  Yang  di-Pertuan  Agong  atau
              mana-mana  orang  lain  yang  diberi  kuasa  oleh  undang-undang
              untuk  menjalankan  fungsi  Yang  di-Pertuan  Agong  selama  apa-
              apa tempoh semasa dia menjalankan fungsi itu, dan saraan yang
              diperuntukkan  menurut  Fasal  ini  hendaklah  dipertanggungkan
              pada  Kumpulan Wang  Disatukan.



              mohor  besar

              36.  Yang di-Pertuan Agong hendaklah menyimpan dan menggunakan
              Mohor Besar Persekutuan***.




              *lihat Akta  Peruntukan  Diraja  1982  [akta 269].
              **lihat Akta Timbalan Yang  di-Pertuan Agong  (Saraan)  1958 [akta  374].
              ***lihat  P.W. P.T.M 3625/1952.
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78