Page 69 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 69

[Perkara  33]       Perlembagaan  Persekutuan                    44

              timbalan ketua utama negara bagi persekutuan

              33.  (1)  Maka  hendaklah  ada  seorang  Timbalan  Ketua  Utama
              Negara  bagi  Persekutuan  (digelar  Timbalan  Yang  di-Pertuan
              Agong)  yang  hendaklah  menjalankan  fungsi  dan  mempunyai
              keistimewaan Yang di-Pertuan Agong selama apa-apa kekosongan
              dalam jawatan Yang di-Pertuan Agong dan selama apa-apa tempoh
              semasa  Yang  di-Pertuan  Agong  tidak  dapat  menjalankan  fungsi
              jawatannya  kerana  sakit,  tidak  ada  di  dalam  Persekutuan  atau
              kerana apa-apa sebab lain, tetapi Timbalan Yang di-Pertuan Agong
              tidak boleh menjalankan fungsi itu semasa Yang di-Pertuan Agong
              tidak berdaya atau tidak ada di dalam Persekutuan selama tempoh
              yang  dijangka  kurang  daripada  lima  belas  hari,  melainkan  jika
              Timbalan  Yang  di-Pertuan  Agong  berpuas  hati  bahawa  adalah
              perlu atau suai manfaat  untuk  menjalankan  fungsi  itu.

                (2)  Timbalan  Yang  di-Pertuan  Agong  hendaklah  dipilih  oleh
              Majlis raja-raja bagi tempoh lima tahun, atau jika dipilih dalam
              tempoh  yang  baginya Yang  di-Pertuan Agong  dipilih,  bagi  baki
              tempoh itu, tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya
              melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan
              kepada  Majlis  raja-raja,  dan  hendaklah  berhenti  memegang
              jawatan apabila  terhenti menjadi raja.


                (3)  jika dalam tempoh yang baginya Timbalan Yang di-Pertuan
              Agong  itu  dipilih  berlaku  kekosongan  dalam  jawatan  Yang  di-
              Pertuan Agong, maka tempoh jawatannya hendaklah tamat apabila
              kekosongan itu  diisi.

                (4)  Peruntukan Bahagian ii jadual Ketiga hendaklah terpakai
              bagi pemilihan Timbalan Yang  di-Pertuan Agong.


                (5)  Parlimen boleh melalui undang-undang* membuat peruntukan
              supaya fungsi Yang di-Pertuan Agong dijalankan oleh seorang raja
              dalam hal jika fungsi itu kena menurut Fasal (1) dijalankan oleh
              Timbalan  Yang  di-Pertuan  Agong  tetapi  tidak  dapat  dijalankan
              sedemikian  kerana  jawatan  Timbalan  Yang  di-Pertuan  Agong
              kosong atau kerana Timbalan Yang di-Pertuan Agong sakit, tidak
              ada di dalam Persekutuan atau kerana apa-apa sebab lain; tetapi
              undang-undang sedemikian tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan
              Majlis raja-raja.


              *lihat Akta Yang di-Pertuan Agong (Penjalanan Fungsi) 1957 [akta  373].
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74