Page 133 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 133
[Perkara 68] Perlembagaan Persekutuan 75
(3) Perubahan yang disebut dalam Fasal (2) ialah perubahan
yang diperakui oleh Yang di-Pertua Dewan rakyat sebagai
perlu oleh sebab masa yang telah luput semenjak rang Undang-
Undang itu diluluskan dalam penggal yang terdahulu atau untuk
menggambarkan pindaan yang dibuat dalam penggal itu oleh
Dewan Negara.
(4) Apabila sesuatu rang Undang-Undang dikemukakan kepada
Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara ini, rang Undang-Undang
itu hendaklah mengandungi suatu perakuan daripada Yang di-Pertua
Dewan rakyat yang menyatakan bahawa peruntukan Perkara ini
telah dipatuhi, dan perakuan itu adalah muktamad bagi segala
maksud dan tidaklah boleh dipersoalkan di dalam mana-mana
mahkamah.
(5) Perkara ini tidaklah terpakai bagi apa-apa rang Undang-
Undang untuk membuat apa-apa pindaan kepada Perlembagaan
ini, selain pindaan yang dikecualikan daripada peruntukan Fasal
(3) Perkara 159.
(6) Dalam Perkara ini “rang Undang-Undang wang” ertinya
suatu rang Undang-Undang, yang pada pendapat Yang di-Pertua
Dewan rakyat mengandungi hanya peruntukan yang memperkatakan
kesemua atau mana-mana perkara yang berikut sahaja, iaitu:
(a) perkara yang disebut dalam Fasal (1) Perkara 67 atau
pengawalseliaan apa-apa cukai;
(b) pengurangan mana-mana amaun yang disebut dalam
perenggan (d) Fasal (1) Perkara 67; dan
(c) apa-apa perkara yang bersampingan dengan perkara itu
atau mana-mana perkara itu,
yang diperakui oleh Yang di-Pertua Dewan rakyat sebagai suatu
rang Undang-Undang wang.
Bab 6—Keupayaan berkenaan dengan harta,
kontrak dan guaman
keupayaan persekutuan berkenaan dengan harta, kontrak
dan guaman
69. (1) Persekutuan mempunyai kuasa untuk mengambil, memegang
dan melupuskan apa-apa jenis harta dan membuat kontrak.

