Page 130 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 130

73                  Perlembagaan Persekutuan            [Perkara  67]

                          (a)  mengenakan  atau  menaikkan  apa-apa  cukai  atau
                              menghapuskan,  menurunkan  atau  meremitkan  apa-apa
                              cukai  yang  ada;

                          (b)  peminjaman  wang,  atau  pemberian  apa-apa  jaminan,
                              oleh Persekutuan, atau pemindaan undang-undang yang
                              berhubungan  dengan obligasi  kewangan  Persekutuan;

                          (c)  penjagaan Kumpulan Wang Disatukan, pemertanggungan
                              apa-apa  wang  pada  Kumpulan  Wang  Disatukan  atau
                              penghapusan atau pengubahan mana-mana pemertanggungan
                              itu;
                          (d)  pembayaran wang ke dalam Kumpulan Wang Disatukan
                              atau pembayaran, pengeluaran atau pengambilan keluar
                              daripada Kumpulan Wang Disatukan apa-apa wang yang
                              tidak dipertanggungkan padanya, atau apa-apa pertambahan
                              amaun  yang  dibayar,  dikeluarkan  atau  diambil  keluar
                              itu;

                          (e)  pengkompaunan atau peremitan apa-apa hutang yang kena
                              dibayar  kepada  Persekutuan;
                          (f)  penyerahhakan cukai atau fi atau pembuatan pemberian
                              kepada  mana-mana Negeri;

                          (g)  penerimaan wang bagi akaun Kumpulan Wang Disatukan
                              atau penjagaan atau pengeluaran wang itu atau pengauditan
                              akaun Persekutuan atau  sesuatu  Negeri,

                    iaitu  peruntukan  yang  berkenaan  dengannya  Menteri  yang
                    dipertanggungkan  dengan  tanggungjawab  bagi  kewangan
                    menandakan  bahawa  peruntukan  itu  adalah  lebih  daripada  apa
                    yang  bersampingan  sahaja  dan  lebih  daripada  apa  yang  tidak
                    bersifat substansial memandangkan maksud rang Undang-Undang
                    atau  pindaan  itu  tidak  boleh  dibawa  atau  dicadangkan  kecuali
                    oleh  seorang  Menteri,  dan  sesuatu  rang  Undang-Undang  yang
                    membuat apa-apa peruntukan sedemikian tidak boleh dimulakan
                    di dalam  Dewan Negara.

                      (2)  Sesuatu rang Undang-Undang atau pindaan tidaklah boleh
                    disifatkan membuat peruntukan bagi mana-mana perkara tersebut
                    semata-mata  oleh  sebab  rang  Undang-Undang  atau  pindaan  itu
                    mengadakan  peruntukan—

                          (a)   bagi  pengenaan  atau  pengubahan  apa-apa  denda  atau
                              penalti wang lain atau bagi pembayaran atau penuntutan
   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135