Page 129 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 129

Perlembagaan  Persekutuan

                                            CaTaTaN
              per.  66—(samb.)

                   b.  Kemudiannya Fasal ini digantikan oleh Akta A584, perenggan 2(c), berkuat kuasa dari
                      20-01-1984 dan berbunyi seperti yang berikut:
                        “(5)  Sesuatu  rang  Undang-Undang  hendaklah  menjadi  undang-undang  apabila  ia
                      diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. jika kerana apa-apa jua sebab rang Undang-
                      Undang  itu  tidak  diperkenankan  oleh  Baginda  dalam  tempoh  lima  belas  hari  selepas
                      rang  Undang-Undang  itu  dipersembahkan  ke  bawah  Duli Yang  Maha  Mulia  Baginda
                      Yang di-Pertuan Agong, maka Baginda hendaklah disifatkan telah memperkenankan rang
                      Undang-Undang itu dan rang Undang-Undang tersebut hendaklah dengan demikian itu
                      menjadi  undang-undang.”.

                  Fasal  (5a)
                   a.  Ditambahkan oleh Akta A566, perenggan 12(b), berkuat  kuasa dari 16-12-1983.
                   b.  Fasal  ini  telah  dimansuhkan  oleh  Akta  A584,  perenggan  2(d)  berkuat  kuasa  dari
                      20-01-1984 dan berbunyi seperti yang berikut:
                        “(5a)  Tiada satu pun undang-undang boleh berkuat kuasa sehingga ia telah disiarkan
                      tetapi, bagaimanapun, tidaklah menjejaskan kuasa Parlimen untuk menangguhkan kuat
                      kuasa  mana-mana  undang-undang  atau  untuk  membuat  undang-undang  dengan  kuat
                      kuasa  ke  belakang.”.
                   c.  Perkataan  “Fasal  (4b)”  digantikan  oleh  “Fasal  (4a)”  oleh Akta A885  perenggan  8(c),
                      berkuat  kuasa  dari  24-06-1994.
              per.  67
                 1.  lihat Per.  66(2).

                 Fasal  (1)
                 Perkataan  “(sama  ada  secara  langsung  atau  secara  tidak  langsung)”  dan  perkataan  “iaitu
                 peruntukan yang berkenaan dengannya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab
                 bagi kewangan menandakan bahawa peruntukan itu adalah lebih daripada apa yang bersampingan
                 sahaja  dan  lebih  daripada  apa  yang  tidak  bersifat  substansial  memandangkan  maksud  rang
                 Undang-Undang atau pindaan itu” yang terdapat selepas perenggan (g) dimasukkan dan perkataan
                 “peruntukan berkenaan dengan mana-mana perkara sedemikian”  digantikan dengan “apa-apa
                 peruntukan  sedemikian” oleh Akta  14/1962,  seksyen 16, berkuat kuasa dari 15-07-1962.
                 2.  lihat Per.  68(6).
   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134