Page 143 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 143
[Perkara 75] Perlembagaan Persekutuan 80
ketidakselarasan antara undang-undang persekutuan dengan
undang-undang negeri
75. jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan
sesuatu undang-undang persekutuan, maka undang-undang
persekutuan itu hendaklah mengatasi undang-undang Negeri dan
undang-undang Negeri itu adalah tidak sah setakat yang tidak
selaras itu.
kuasa parlimen untuk membuat undang-undang bagi negeri-
negeri dalam hal-hal tertentu
76. (1) Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-
apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Negeri, tetapi
hanya seperti yang berikut sahaja, iaitu:
(a) bagi maksud melaksanakan apa-apa triti, perjanjian atau
konvensyen antara Persekutuan dengan mana-mana
negara lain, atau apa-apa keputusan sesuatu organisasi
antarabangsa yang dianggotai oleh Persekutuan; atau
(b) bagi maksud menggalakkan keseragaman undang-undang
antara dua Negeri atau lebih; atau
(c) jika diminta sedemikian oleh Dewan Undangan mana-
mana Negeri.
(2) Tiada undang-undang boleh dibuat menurut perenggan (a)
Fasal (1) mengenai apa-apa perkara mengenai hukum Syarak atau
adat orang Melayu atau mengenai apa-apa perkara tentang undang-
undang atau adat anak negeri di Negeri Sabah dan Sarawak dan
tiada rang Undang-Undang bagi suatu undang-undang di bawah
perenggan itu boleh dibawa di dalam mana-mana satu Majlis
Parlimen sehingga Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan
telah dirundingi.
(3) Tertakluk kepada Fasal (4), sesuatu undang-undang yang
dibuat menurut perenggan (b) atau perenggan (c) Fasal (1) tidak
boleh berkuat kuasa di mana-mana Negeri sehingga undang-undang
itu telah diterima pakai melalui suatu undang-undang yang dibuat
oleh Badan Perundangan Negeri itu, dan selepas itu hendaklah
disifatkan sebagai suatu undang-undang Negeri dan bukan suatu
undang-undang persekutuan, dan boleh dipinda atau dimansuhkan
sewajarnya melalui suatu undang-undang yang dibuat oleh Badan
Perundangan itu.

