Page 145 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 145

[Perkara  76]       Perlembagaan  Persekutuan                    81

                (4)  Parlimen boleh, hanya bagi maksud memastikan keseragaman
              undang-undang  dan  dasar,  membuat  undang-undang  mengenai
              pemegangan tanah, perhubungan antara tuan tanah dengan penyewa,
              pendaftaran hakmilik dan surat ikatan yang berhubungan dengan
              tanah,  pindah  hakmilik  tanah,  gadai  janji,  pajakan  dan  gadaian
              berkenaan  dengan  tanah,  isemen  dan  hak  dan  kepentingan  lain
              mengenai  tanah,  pengambilan  tanah  dengan  paksa,  perkadaran
              dan  penilaian  tanah,  dan  kerajaan  tempatan;  dan  perenggan  (b)
              Fasal (1) dan Fasal (3) tidaklah terpakai bagi mana-mana undang-
              undang yang  berhubungan  dengan  mana-mana  perkara  itu.



              kuasa  parlimen  untuk  memperluas  kuasa  perundangan
              negeri

              76a.  (1)  Dengan  ini  ditegaskan  bahawa  kuasa  Parlimen  untuk
              membuat undang-undang mengenai sesuatu perkara yang disebut
              satu persatu dalam Senarai Persekutuan termasuklah kuasa untuk
              membenarkan  Badan-Badan  Perundangan  Negeri-Negeri  atau
              mana-mana  daripadanya,  tertakluk  kepada  apa-apa  syarat  atau
              sekatan (jika ada) yang dikenakan oleh Parlimen, untuk membuat
              undang-undang  mengenai  kesemua  atau  mana-mana  bahagian
              perkara itu.

                (2)  Walau apa pun Perkara 75, sesuatu undang-undang Negeri
              yang  dibuat  di  bawah  kuasa  yang  diberikan  oleh Akta  Parlimen
              sebagaimana yang disebut dalam Fasal (1) boleh, jika dan setakat
              yang  diperuntukkan  sedemikian  oleh  Akta  itu,  meminda  atau
              memansuhkan (berkenaan dengan Negeri yang berkenaan) mana-
              mana undang-undang persekutuan yang telah diluluskan sebelum
              Akta itu.

                (3)  Apa-apa  perkara  yang  mengenainya  Badan  Perundangan
              sesuatu  Negeri  dibenarkan  pada  masa  itu  oleh  Akta  Parlimen
              untuk membuat undang-undang hendaklah, bagi maksud Perkara
              79,  80  dan  82,  dikira  berkenaan  dengan  Negeri  yang  berkenaan
              seolah-olah  perkara  itu  ialah  suatu  perkara  yang  disebut  satu
              persatu dalam Senarai  Bersama.



              kuasa baki  perundangan

              77.  Badan  Perundangan  sesuatu  Negeri  berkuasa  membuat
              undang-undang mengenai apa-apa perkara yang tidak disebut satu
              persatu dalam mana-mana Senarai yang dinyatakan dalam jadual
              Kesembilan,  iaitu  yang  bukan  suatu  perkara  yang  berkenaan
              dengannya Parlimen berkuasa  membuat  undang-undang.
   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150