Page 147 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 147

[Perkara  78]       Perlembagaan  Persekutuan                    82

              perundangan  yang  menyekat  penggunaan sungai

              78.  Setakat  yang  mana-mana  undang-undang  yang  dibuat  oleh
              Parlimen  atau  mana-mana  peraturan  yang  dibuat  menurut  suatu
              undang-undang  yang  sedemikian  menyekat  hak  sesuatu  Negeri
              atau  pemastautinnya  untuk  menggunakan  untuk  pelayaran  atau
              pengairan  mana-mana  sungai  yang  terletak  keseluruhannya  di
              dalam  Negeri  itu,  undang-undang  atau  peraturan  itu  tidak  boleh
              berkuat kuasa di dalam Negeri itu melainkan jika undang-undang
              atau peraturan itu telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri
              itu  melalui  suatu  ketetapan  yang  disokong  oleh  majoriti  jumlah
              bilangan  ahlinya.



              penjalanan kuasa  perundangan  bersama

              79.  (1)  jika  didapati  oleh  pegawai  pengerusi  mana-mana  satu
              Majlis Parlimen atau pegawai pengerusi Dewan Undangan mana-
              mana Negeri bahawa sesuatu rang Undang-Undang atau sesuatu
              pindaan  kepada  rang  Undang-Undang  mencadangkan  suatu
              perubahan dalam undang-undang yang berhubungan dengan mana-
              mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Bersama,
              atau dengan mana-mana perkara yang disebut satu persatu dalam
              Senarai Negeri yang mengenainya Persekutuan sedang menjalankan
              fungsi mengikut Perkara 94, maka dia hendaklah memperakui rang
              Undang-Undang  atau pindaan itu  bagi  maksud  Perkara  ini.

                (2)  Sesuatu rang Undang-Undang atau pindaan yang diperakui
              di  bawah  Perkara  ini  tidak  boleh  diteruskan  sehingga  empat
              minggu  telah  berlalu  selepas  penyiarannya,  melainkan  jika
              pegawai pengerusi itu membenarkan rang Undang-Undang atau
              pindaan  itu  diteruskan  atas  alasan  keterdesakan,  setelah  berpuas
              hati  bahawa  Kerajaan  Negeri  atau,  mengikut  mana-mana  yang
              berkenaan, Kerajaan  Persekutuan, telah dirundingi.

                            Bab  2—Pembahagian  kuasa  eksekutif

              pembahagian  kuasa  eksekutif

              80.  (1)  Tertakluk kepada peruntukan yang berikut dalam Perkara
              ini  kuasa  eksekutif  Persekutuan  meliputi  segala  perkara  yang
              mengenainya Parlimen boleh membuat undang-undang, dan kuasa
              eksekutif sesuatu Negeri meliputi segala perkara yang mengenainya
              Badan Perundangan Negeri itu  boleh membuat  undang-undang.
   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152