Page 160 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 160
Perlembagaan Persekutuan 89
CaTaTaN
per. 86
Fasal (6)
Fasal ini ditambahkan oleh Akta A585, seksyen 23, berkuat kuasa dari 14-04-1984 dan berbunyi
seperti yang berikut:
“(6) Peruntukan-peruntukan yang tersebut di atas dalam Perkara ini tidaklah terpakai
bagi apa-apa tanah atau kepentingan mengenai tanah dalam Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur atau Wilayah Persekutuan Labuan bagaimana caranya sekalipun diletak hak pada
Persekutuan, dan Persekutuan boleh melupuskan tanah atau kepentingan itu.”.
1. Perkara ini digantikan oleh Akta A704, seksyen 6, berkuat kuasa dari 10-06-1988. Perkara
yang dahulu berbunyi seperti yang berikut:
“86. (1) jika apa-apa kepentingan mengenai tanah adalah terletak hak pada Persekutuan,
maka, tertakluk kepada Perkara 84 dan kepada Fasal (2) Perkara ini, Persekutuan boleh
melupuskan kepentingan itu atau apa-apa kepentingan yang lebih kecil mengenai tanah
itu.
(2) Tiap-tiap pelupusan kepentingan mengenai tanah yang sedemikian hendaklah
dengan syarat bahawa tanah itu digunakan bagi suatu maksud persekutuan yang dinyatakan
dalamnya, dan tiada pelupusan yang sedemikian boleh dibuat kepada seseorang selain suatu
pihak berkuasa awam kecuali—
(a) di bawah dan mengikut peruntukan undang-undang persekutuan; atau
(b) melalui suatu perintah Yang di-Pertuan Agong yang dibentangkan dan diluluskan
mengikut Fasal (3):
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh terpakai bagi sesuatu
pelupusan yang dibenarkan oleh Perkara 84 atau Perkara 85, atau bagi sesuatu pelupusan
oleh Persekutuan kepada mana-mana orang bagi maksud melaksanakan apa-apa triti,
perjanjian atau konvensyen dengan mana-mana negara lain, atau kepada mana-mana orang
atas sifatnya sebagai wakil konsular atau wakil diplomatik mana-mana negara lain.
(3) Suatu perintah Yang di-Pertuan Agong di bawah perenggan (b) Fasal (2) hendaklah
dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan tidaklah boleh berkuat kuasa
sehingga diluluskan melalui ketetapan setiap Majlis Parlimen.
(4) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 84, tiada kepentingan mengenai
tanah yang terletak hak pada sesuatu pihak berkuasa awam bagi maksud persekutuan, atau
yang terletak hak pada mana-mana orang lain menurut sesuatu pelupusan di bawah Perkara
ini, boleh dilupuskan oleh pihak berkuasa atau orang itu melainkan kepada Persekutuan.
(5) jika apa-apa kepentingan mengenai tanah di sesuatu Negeri dilupuskan oleh
atau kepada Persekutuan atau mana-mana pihak berkuasa awam menurut Perkara ini atau
Perkara 84 atau 85, maka menjadi kewajipan Kerajaan Negeri itu untuk mendaftarkan
pelupusan itu dengan sewajarnya.
(6) Peruntukan yang terdahulu dalam Perkara ini tidaklah terpakai bagi mana-mana
tanah atau kepentingan mengenai tanah di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau
Wilayah Persekutuan Labuan tidak kira bagaimana jua pun tanah atau kepentingan itu
terletak hak pada Persekutuan, dan Persekutuan boleh melupuskan tanah atau kepentingan
yang sedemikian.”.
2. lihat Per. 88.
per. 87
lihat Per. 88 & 156.

