Page 161 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 161
[Perkara 87] Perlembagaan Persekutuan 90
(c) seorang anggota yang hendaklah dilantik oleh Kerajaan
Negeri itu.
(3) Amalan dan tatacara Tribunal Tanah hendaklah dikawal selia
oleh kaedah-kaedah mahkamah yang dirangka oleh jawatankuasa
Kaedah-Kaedah atau pihak berkuasa lain yang berkuasa di bawah
undang-undang bertulis untuk membuat kaedah-kaedah atau
aturan-aturan yang mengawal selia amalan dan tatacara Mahkamah
Persekutuan.
(4) Sesuatu rayuan terhadap keputusan Tribunal Tanah mengenai
apa-apa soal undang-undang boleh dibuat kepada Mahkamah
Persekutuan.
pemakaian perkara 83 hingga 87 bagi negeri yang tidak
mempunyai raja
88. Dalam pemakaiannya bagi mana-mana Negeri yang tidak
mempunyai raja, Perkara 83 hingga 87 hendaklah berkuat
kuasa—
(a) tertakluk kepada apa-apa penyesuaian (jika ada) sebagaimana
yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen,
iaitu penyesuaian yang dikehendaki untuk memastikan
bahawa Perkara-Perkara itu terpakai (dengan seberapa
hampir yang dapat dilaksanakan memandangkan perbezaan-
perbezaan dalam sistem pemegangan tanah) mengikut
cara yang sama sebagaimana Perkara-Perkara itu terpakai
bagi Negeri-Negeri lain; dan
(b) dalam hal Negeri Sabah dan Sarawak, dengan meninggalkan
perenggan (a) Fasal (5) dalam Perkara 83.
tanah simpanan melayu
89. (1) Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang merupakan
tanah simpanan Melayu sebaik sebelum Hari Merdeka mengikut
undang-undang yang sedia ada boleh terus menjadi tanah simpanan
Melayu mengikut undang-undang itu sehingga diperuntukkan
selainnya oleh suatu Enakmen Badan Perundangan Negeri itu,
iaitu suatu Enakmen—

