Page 156 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 156

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN

                    per.  83—(samb.)
                       Fasal  (5): lihat Per. 84(1)(a).
                       Fasal  5(a): lihat Per.  88(b).
                       Fasal  (8): Dimasukkan  oleh Akta A704, seksyen 3, berkuat kuasa dari 10-06-1988.
                    per.  84

                       1.  Perkara  ini  dipotong  oleh  Akta  A704,  seksyen  4,  berkuat  kuasa  dari  10-06-1988  dan
                       berbunyi  seperti  yang berikut:
                          “84. (1)  jika  apa-apa  kepentingan  mengenai  tanah  di  sesuatu  Negeri  yang  terletak  hak
                         pada  Persekutuan  atau  sesuatu  pihak  berkuasa  awam  bagi  maksud  persekutuan  tidak  lagi
                         dikehendaki  bagi  maksud  persekutuan,  maka  kepentingan  itu  hendaklah  kembali  kepada
                         Negeri  itu jika Kerajaan Negeri bersetuju membayar kepada  Persekutuan—
                           (a)  dalam  hal  jika  tanah  itu,  atau  suatu  kepentingan  mengenainya,  telah  diambil  oleh
                              Kerajaan  Negeri  menurut  Fasal  (5)  Perkara  83,  atau  telah  diambil  oleh  Kerajaan
                              Negeri  itu  atas  perbelanjaan  Kerajaan  Persekutuan  Tanah  Melayu  sebelum  Hari
                              Merdeka,  suatu  amaun  yang  sama  banyak  dengan  nilai  pasaran  bagi  kepentingan
                              yang terletak hak pada  Persekutuan  atau pihak berkuasa  awam itu;
                           (b)  dalam  apa-apa hal  lain, atas pilihan Kerajaan Negeri itu, sama ada—
                                 (i)  suatu amaun yang sama banyak dengan nilai pasaran bagi kepentingan itu;
                                    atau
                                (ii)  suatu  amaun  yang  sama  banyak  dengan  jumlah  wang  yang  telah  dibayar
                                    (selain  bayaran  sebagai  cukai)  oleh  Persekutuan,  atau  oleh  Kerajaan
                                    Persekutuan  Tanah  Melayu  sebelum  Hari  Merdeka,  berkenaan  dengan
                                    pemberian  kepentingan  itu,  berserta  nilai  pasaran  apa-apa  pemajuan  yang
                                    dilakukan  (selain  atas  perbelanjaan  Negeri  itu)  terhadap  tanah  itu  selepas
                                    pemberian itu.
                            (2)  jika  apa-apa  kepentingan  mengenai  tanah  yang  Fasal  (1)  terpakai  baginya  tidak
                         kembali  kepada  Negeri  itu  mengikut  Fasal  itu,  maka  Kerajaan  Persekutuan  atau  pihak
                         berkuasa awam itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh menjual kepentingan itu
                         mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Kerajaan atau
                         pihak berkuasa itu.”.
                       2.  lihat Per.  86(1), (2), (4), (5)  & 88.
                    per.  85
                       1.  Perkara  ini  yang  berbunyi  seperti  yang  berikut  digantikan  oleh  Akta  A704,  seksyen  5,
                       berkuat  kuasa  dari  10-06-1988:
                         “85.  (1)  jika  mana-mana  tanah  di  sesuatu  Negeri  yang  dirizabkan  bagi  apa-apa  maksud
                         persekutuan tidak lagi dikehendaki bagi maksud itu, maka Kerajaan Persekutuan hendaklah
                         menawarkan untuk melepaskan tanah itu kepada Negeri itu dengan syarat bahawa Negeri
                         itu membayar kepada  Persekutuan—
                               (a)  nilai pasaran bagi apa-apa pemajuan yang dilakukan (selain atas perbelanjaan
                                   Negeri  itu) semasa tanah itu digunakan bagi maksud persekutuan; dan
                               (b)  amaun, jika ada, yang dibayar oleh Persekutuan, atau yang dibayar sebelum
                                   Hari  Merdeka  oleh  Kerajaan  Persekutuan Tanah  Melayu,  berkenaan  dengan
                                   kos  pengambilan  apa-apa  kepentingan  mengenai  tanah  itu  oleh  Kerajaan
                                   Negeri  itu,
                          dan jika Kerajaan Negeri itu menyetujui terima tawaran itu, maka perizaban itu hendaklah
                         terhenti.
   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161