Page 306 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 306

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN

                    per.  151—(samb.)
                       Fasal  (2)
                         a.  Perkataan “daripada kalangan orang yang menjadi atau pernah menjadi hakim Mahkamah
                           Agung  atau  yang  layak  menjadi  hakim  Mahkamah  Agung,  dan”  digantikan  dengan
                           “dan  yang  menjadi  atau  pernah  menjadi,  atau  yang  layak  menjadi,  hakim  Mahkamah
                           Persekutuan  atau  Mahkamah  Tinggi,  atau  yang  pernah  menjadi  hakim  Mahkamah
                           Besar sebelum Hari Malaysia, dan” dan perkataan “Hakim Besar atau, jika pada masa
                           itu  hakim  Mahkamah  Agung  yang  lain  memangku  jawatan  Hakim  Besar,  selepas
                           berunding  dengan  hakim  itu”  digantikan  dengan  “Ketua  Hakim  Negara  Mahkamah
                           Persekutuan”  oleh  Akta  26/1963,  seksyen  70,  berkuat  kuasa  dari  16-09-1963.
                         b.  Kemudiannya  pula,  subseksyen  18(2),  Akta  A566  berkuat  kuasa  dari  16-12-1983
                           memperuntukkan bahawa sebutan mengenai Mahkamah Persekutuan hendaklah ditafsirkan
                           sebagai  sebutan  mengenai Mahkamah Agung.
                         c.  Fasal  ini  digantikan  oleh  Akta  A767,  seksyen  5,  berkuat  kuasa  dari  11-05-1990  dan
                           berbunyi  seperti  yang berikut:
                             “(2)  Sesuatu  lembaga  penasihat  yang  ditubuhkan  bagi  maksud-maksud  Perkara  ini
                           hendaklah  terdiri  daripada  seorang  pengerusi,  yang  hendaklah  dilantik  oleh  Yang
                           di-Pertuan  Agong  dan  yang  menjadi  atau  pernah  menjadi,  atau  yang  layak  menjadi,
                           hakim  Mahkamah  Agung  atau  Mahkamah  Tinggi,  atau  yang  pernah  menjadi  seorang
                           hakim  Mahkamah  Besar  sebelum  Hari  Malaysia,  dan  dua  orang  anggota  lain,  yang
                           hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Ketua Hakim
                           Negara  Mahkamah Agung.”.
                         d.  Perkataan “Mahkamah Agung” pada kali pertama ia terdapat digantikan dengan perkataan
                           “Mahkamah  Persekutuan,  Mahkamah  rayuan”  oleh  Akta  A885,  seksyen  36,  berkuat
                           kuasa dari 24-06-1994.
                    per.  152
                       1.  lihat Per.  161(5).
                       2.  lihat Akta  Bahasa Kebangsaan 1963/1967 [akta  32].

                       Fasal  (2) & (3): lihat Per.  161(1).
   301   302   303   304   305   306   307   308   309   310   311