Page 302 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 302
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 150—(samb.)
Fasal (8)(a)
Perkataan “Yang di-Pertuan Agong disebut dalam Fasal (1) dan Fasal (2b)” digantikan dengan
perkataan “Perdana Menteri yang disebut dalam Fasal (1), (2) dan (2b)” oleh Akta A566,
perenggan 20(k), berkuat kuasa dari 16-12-1983.
Fasal (8)(b)(i)
Perkataan “sama ada atau tidak berbangkit di bawah Fasal (2)” dimasukkan selepas
perkataan “dinyatakan dalam Fasal (1)” oleh Akta A566, perenggan 20(l), berkuat kuasa dari
16-12-1983.
Catatan:
Perkara 150 dipinda lagi oleh Akta A584, seksyen 3, berkuat kuasa dari 20-01-1984 yang
mengekalkan peruntukan asal seperti yang terdapat sebelum pindaan yang dibuat oleh
Akta A566 seperti yang terdapat kini.
Fasal (5)
a. Fasal yang ada sekarang digantikan oleh Akta 26/1963, subseksyen 39(2), berkuat kuasa
dari 16-09-1963.
b. Perkataan “atau dalam Perlembagaan Negeri Sarawak” dimasukkan oleh Akta 68/1966,
perenggan 3(1)(a), selepas perkataan “Perlembagaan ini” yang terdapat mula-mula itu,
berkuat kuasa dari 20-09-1966, dan akan berhenti berkuat kuasa enam bulan selepas
tarikh terhentinya kuat kuasa Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan
Agong pada 14-09-1966 dalam P.U. 339a/1966. Fasal yang asal berbunyi seperti yang
berikut:
“(5) Semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa, Parlimen boleh, walau apa pun apa-
apa jua dalam Perlembagaan ini, membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara
yang disenaraikan dalam Senarai Negeri (selain apa-apa perkara mengenai hukum
Syarak atau adat orang Melayu), melanjutkan tempoh Parlimen atau Badan Perundangan
Negeri, menggantung mana-mana pilihan raya, dan membuat apa-apa peruntukan yang
berbangkit atau bersampingan dengan mana-mana peruntukan yang dibuat menurut Fasal
ini.”.
Fasal (6)
a. Fasal yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 26/1963, subseksyen 39(2), berkuat kuasa
dari 16-09-1963. Fasal yang asal berbunyi seperti yang berikut:
“(6) Tiada peruntukan mana-mana undang-undang atau ordinan yang dibuat atau
yang dimasyhurkan menurut Perkara ini boleh menjadi tidak sah atas alasan apa-apa
ketidakselarasan dengan peruntukan-peruntukan Bahagian ii, dan Perkara 79 tidaklah
terpakai bagi mana-mana rang Undang-Undang untuk sesuatu undang-undang yang
sedemikian atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu rang Undang-Undang yang
sedemikian.”.
b. Perkataan “atau bagi Perlembagaan Negeri Sarawak” dimasukkan oleh
Akta 68/1966, perenggan 3(1)(b), selepas perkataan “Perlembagaan ini” di hujungnya,
berkuat kuasa dari 20-09-1966, dan akan terhenti berkuat kuasa enam bulan selepas
tarikh terhentinya kuat kuasa Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan
Agong pada 14-09-1966 dalam P.U. 339a/1966.
Fasal (6a)
a. Ditambahkan oleh Akta 26/1963, subseksyen 39(2), berkuat kuasa dari 16-09-1963.
b. Perkataan “sesuatu Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah atau Sarawak” oleh
Akta A514, perenggan 19(1)(b), berkuat kuasa dari 27-08-1976.
Fasal (8) & (9)
Ditambahkan oleh Akta A514, perenggan 15(d), berkuat kuasa dari15-05-1981.

