Page 304 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 304

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN
                    per.  151

                       Fasal  (1)(b)
                         a.  Perenggan  yang  asal  digantikan  oleh  Akta  10/1960,  seksyen  30,  berkuat  kuasa  dari
                           31-05-1960 dan berbunyi seperti yang  berikut:
                            “(b)  tiada warganegara boleh ditahan di bawah undang-undang atau ordinan itu selama
                                tempoh  melebihi  tiga  bulan  melainkan  jika  suatu  lembaga  penasihat  yang
                                ditubuhkan  sebagaimana  yang  disebut  dalam  Fasal  (2)  telah  menimbangkan
                                apa-apa representasi yang dibuat oleh warganegara itu di bawah perenggan (a)
                                dan membuat laporan, sebelum habisnya tempoh itu, bahawa pada pendapatnya
                                ada sebab-sebab  yang mencukupi mengenai penahanan itu.”.
                         b.  Akta  10/1960,  seksyen  30,  berkuat  kuasa  dari  31-05-1960,  menggantikan
                           perenggan (b)  yang asal dengan  yang berikut:
                            “(b)  tiada warganegara boleh ditahan di bawah undang-undang atau ordinan itu selama
                                tempoh  melebihi  tiga  bulan  melainkan  jika  suatu  lembaga  penasihat  yang
                                ditubuhkan  sebagaimana  yang  disebut  dalam  Fasal  (2)  telah  menimbangkan
                                apa-apa representasi yang dibuat oleh warganegara itu di bawah perenggan (a)
                                dan  telah  membuat syor-syor mengenainya kepada Yang di-Pertuan Agong.”.
                         c.  Perenggan yang ada sekarang sebagaimana yang terdapat kini digantikan oleh Akta A354,
                           seksyen 40,  berkuat kuasa dari  27-08-1976.
   299   300   301   302   303   304   305   306   307   308   309