Page 321 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 321
[Perkara 160] Perlembagaan Persekutuan 170
“hak pencen” termasuklah hak persaraan dan hak kumpulan
wang simpanan;
“Hari Merdeka” ertinya tiga puluh satu hari bulan Ogos, tahun
seribu sembilan ratus lima puluh tujuh;
“hutang” termasuklah apa-apa liabiliti berkenaan dengan apa-apa
obligasi untuk membayar balik wang modal dengan cara anuiti
dan apa-apa liabiliti di bawah apa-apa jaminan dan “caj hutang”
hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;
“jawatan berpendapatan” ertinya apa-apa jawatan sepenuh masa
dalam mana-mana perkhidmatan awam, dan termasuklah—
(a) jawatan mana-mana hakim Mahkamah Persekutuan,
Mahkamah rayuan atau Mahkamah Tinggi; dan
(b) jawatan Ketua Audit Negara; dan
(c) jawatan seseorang anggota Suruhanjaya Pilihan raya,
jawatan seseorang anggota (selain anggota ex officio)
sesuatu Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai,
atau jawatan seseorang anggota (selain anggota ex
officio) mana-mana Suruhanjaya yang bersamaan yang
ditubuhkan oleh Perlembagaan sesuatu Negeri; dan
(d) apa-apa jawatan lain yang tidak dinyatakan dalam
Fasal (3) Perkara 132 yang boleh ditetapkan sebagai
jawatan berpendapatan melalui Akta Parlimen;
“jawatankuasa kaedah” (Dimansuhkan);
“kadar tempatan” (Dimansuhkan);
“kekosongan luar jangka” ertinya kekosongan yang berlaku di
dalam Dewan rakyat atau di dalam sesuatu Dewan Undangan
selain oleh sebab pembubaran Parlimen atau pembubaran Dewan
Undangan itu;
“Ketua Menteri” dan “Menteri Besar” kedua-duanya bererti
yang dipertua, tidak kira dengan gelaran apa jua dia dikenali,
Majlis Mesyuarat Kerajaan di dalam sesuatu Negeri;
“Majlis Mesyuarat Kerajaan” ertinya jemaah Menteri atau
badan lain, tidak kira bagaimana jua disebut, yang di dalam
Kerajaan sesuatu Negeri adalah bersamaan, sama ada anggota-
anggotanya ialah Menteri atau bukan, dengan jemaah Menteri di
dalam Kerajaan Persekutuan (dan khususnya termasuklah Majlis
Tertinggi di Sarawak);

