Page 353 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 353

Perlembagaan  Persekutuan

                                            CaTaTaN
              per.  172

                 Perkara  ini  dimansuhkan  oleh Akta  25/1963,  seksyen  8,  berkuat  kuasa  dari  29-08-1963,  dan
                 pemansuhan  itu  tidak  menjejaskan  keberterusan  mana-mana  mahkamah  yang  disebut  dalam
                 Perkara  itu. ia berbunyi  seperti  yang berikut:
                   “172.  Mahkamah  Besar  yang  wujud  sebaik  sebelum  Hari  Merdeka,  hendaklah  menjadi
                   Mahkamah Besar bagi maksud Perlembagaan ini; dan, tanpa menjejaskan keluasan Perkara
                   162,  mana-mana  mahkamah  yang  lain  yang  ketika  itu  menjalankan  bidang  kuasa  dan
                   fungsi hendaklah, sehingga undang-undang persekutuan memperuntukkan selainnya, terus
                   menjalankannya.”.
              per. 173
                 Perkara  ini  dimansuhkan  oleh  Akta  25/1963,  seksyen  8,  berkuat  kuasa  dari  29-08-1963.  ia
                 berbunyi seperti  yang berikut:
                   “173.  Apa-apa  rayuan  atau  permohonan  untuk  mendapatkan  kebenaran  untuk  merayu
                   daripada  Mahkamah  Besar  kepada  Baginda  ratu  dalam  Majlis  Mesyuarat  yang  belum
                   selesai  sebaik  sebelum  Hari  Merdeka  hendaklah  pada  dan  selepas  Hari  Merdeka  dikira
                   sebagai  suatu  rayuan  atau  permohonan  untuk  mendapatkan  kebenaran  untuk  merayu  di
                   bawah  Perkara 131.”.
              per.  174

                 Perkara ini yang dimansuhkan oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-09-1963,
                 berbunyi seperti  yang berikut:
                   “174.  (1)  Hakim Besar dan hakim-hakim lain Mahkamah Besar yang memegang jawatan
                   sebaik  sebelum  Hari  Merdeka  hendaklah,  walau  apa  pun  apa-apa  jua  dalam  Perkara  123,
                   menjadi Hakim Besar dan hakim-hakim lain Mahkamah Besar pada hari itu dan hendaklah
                   memegang jawatan atas terma-terma dan syarat-syarat yang tidak kurang baiknya daripada
                   terma-terma  dan  syarat-syarat  yang terpakai  bagi  mereka sebaik sebelum  hari  itu.

                      (2)  Orang  yang  memegang  jawatan  Peguam  Negara  sebaik  sebelum  Hari  Merdeka
                   hendaklah terus memegang jawatan itu atas terma-terma dan syarat-syarat yang tidak kurang
                   baiknya daripada terma-terma dan syarat-syarat yang terpakai baginya sebaik sebelum Hari
                   Merdeka dan adalah, walau apa pun apa-apa jua dalam Perkara 123, layak dilantik sebagai
                   hakim  Mahkamah Besar.
                      (3)  Seseorang yang sebaik sebelum Hari Merdeka ialah anggota perkhidmatan kehakiman
                   dan  perundangan  Persekutuan  dan  akan  layak  dilantik  sebagai  seorang  hakim  Mahkamah
                   Besar  jika dia warganegara adalah layak  sedemikian  walaupun  dia bukan warganegara.
                      (4)  Seseorang boleh, dalam tempoh sepuluh tahun yang bermula dari Hari Merdeka,
                   dilantik  menjadi  seorang  Hakim  Mahkamah  Besar  walaupun  dia  tidak  layak  dilantik  di
                   bawah  Perkara  123  jika  dia  adalah  dan  telahpun  selama  tempoh  tidak  kurang  daripada
                   lima  tahun  layak  menjalankan  amalan  sebagai  seorang  peguam  bela  di  dalam  mahkamah
                   di mana-mana negara Komanwel yang mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad dalam
                   perkara  sivil  atau  jenayah;  dan  seseorang  yang  dilantik  menurut  kuasa  Fasal  ini  boleh
                   dilantik  bagi  suatu  tempoh  tetap  (sama  ada  tempoh  itu  tamat  sebelum  atau  selepas  dia
                   mencapai  umur enam puluh lima tahun).
                      (5)  Tanpa  menjejaskan  keluasan  Perkara  162,  tiada  apa-apa  jua  dalam  Bahagian  iX
                   boleh  dikira  sebagai  menjejaskan  peruntukan  undang-undang  yang  sedia  ada  berhubung
                   dengan persidangan oleh hakim-hakim dari negara-negara di luar Persekutuan di Mahkamah
                   Besar.”.
   348   349   350   351   352   353   354   355   356   357   358