Page 354 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 354
185 Perlembagaan Persekutuan [Perkara 176]
sama dan menjalankan fungsi yang sama pada Hari Merdeka atas
terma-terma dan syarat-syarat yang sama seperti yang terpakai
bagi mereka sebaik sebelum Hari Merdeka.
(2) Perkara ini tidak terpakai bagi Pesuruhjaya Tinggi atau
Ketua Setiausaha.
mengetepikan atau menangguhkan sumpah jawatan jika
pelantikan diteruskan di bawah bahagian ini
177. Seseorang yang, di bawah mana-mana peruntukan Bahagian
ini, memegang jawatan di bawah Persekutuan oleh sebab orang
itu telah menjadi pemegang suatu jawatan yang bersamaan sebaik
sebelum Hari Merdeka boleh, sehingga diperuntukkan selainnya
oleh Parlimen, melaksanakan fungsinya tanpa mengangkat sumpah
yang dikehendaki dalam hal pemegang lain jawatan itu.
saraan selepas Hari merdeka
178. Sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, saraan yang
kena dibayar kepada orang yang memegang jawatan Perdana Menteri
dan jawatan Menteri-Menteri yang lain hendaklah masing-masingnya
sama seperti yang kena dibayar, sebaik sebelum Hari Merdeka,
kepada Ketua Menteri dan Menteri-Menteri lain Persekutuan.
sumbangan berkenaan dengan perkhidmatan bersama
179. Apa-apa perjanjian yang berkuat kuasa sebaik sebelum
Hari Merdeka yang berhubungan dengan perkadaran saraan yang
kena dibayar oleh Persekutuan dan mana-mana Negeri berkenaan
dengan apa-apa pekerjaan yang disebut dalam Fasal (2) Perkara
133 hendaklah terus berkuat kuasa sehingga digantikan dengan
suatu perjanjian atau undang-undang persekutuan yang baru.
pemeliharaan pencen, dsb.
180. (1) jadual Kesepuluh kepada Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu 1948, hendaklah terus berkuat kuasa pada dan selepas
Hari Merdeka, tetapi dengan ubah suaian bahawa apa-apa sebutan
dalamnya mengenai Pesuruhjaya Tinggi hendaklah ditafsirkan
sebagai sebutan mengenai Yang di-Pertuan Agong.

