Page 350 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 350
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 167
Fasal (1), (2), (3), (4) & (5)
Fasal-fasal ini dimansuhkan oleh Akta 25/1963, seksyen 8, berkuat kuasa dari 29-08-1963
dan berbunyi seperti yang berikut:
“167. (1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, semua hak, liabiliti dan obligasi—
(a) Baginda ratu berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan; dan
(b) Kerajaan Persekutuan atau mana-mana pegawai awam bagi pihak Kerajaan
Persekutuan,
hendaklah pada dan selepas Hari Merdeka menjadi hak, liabilti dan obligasi Persekutuan.
(2) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, semua hak, liabiliti dan obligasi—
(a) Baginda ratu berkenaan dengan pemerintahan Melaka atau pemerintahan Pulau
Pinang,
(b) Duli Yang Maha Mulia raja berkenaan dengan pemerintahan mana-mana Negeri,
dan
(c) Kerajaan mana-mana Negeri,
hendaklah pada dan selepas Hari Merdeka menjadi hak, liabiliti dan obligasi masing-
masing Negeri itu.
(3) Semua hak, liabiliti dan obligasi yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang
sebaik sebelum Hari Merdeka menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan tetapi yang
pada hari itu menjadi tanggungjawab Kerajaan sesuatu Negeri hendaklah pada hari itu
berpindah kepada Negeri itu.
(4) Semua hak, liabiliti dan obligasi yang berhubungan dengan apa-apa perkara sebaik
sebelum Hari Merdeka menjadi tanggungjawab Kerajaan sesuatu Negeri tetapi yang pada
hari itu menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan hendaklah pada hari tu berpindah
kepada Persekutuan.
(5) Dalam Perkara ini, hak, liabiliti dan obligasi termasuklah hak, liabiliti dan obligasi
yang berbangkit daripada kontrak atau selainnya, selain hak yang Perkara 166 terpakai
baginya.”.
per. 168
Perkara ini dimansuhkan oleh Akta 25/1963, seksyen 8, berkuat kuasa dari 29-08-1963 dan
berbunyi seperti yang berikut:
“168. (1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, apa-apa prosiding undang-undang yang
belum selesai di mana-mana mahkamah sebaik sebelum Hari Merdeka yang dalamnya
Baginda ratu atau mana-mana pekhidmat Baginda ratu menjadi suatu pihak berkenaan
dengan tanah jajahan atau Negeri Selat Melaka atau jajahan atau Negeri Selat Pulau Pinang
hendaklah diteruskan pada dan selepas Hari Merdeka dengan Negeri Melaka atau Negeri
Pulau Pinang, mengikut mana-mana yang berkenaan, digantikan sebagai suatu pihak.
(2) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, apa-apa prosiding undang-undang yang
belum selesai di mana-mana mahkamah sebaik sebelum Hari Merdeka yang dalamnya
Kerajaan Persekutuan atau sesuatu Kerajaan Negeri atau mana-mana pegawai mana-mana
satu Kerajaan menjadi suatu pihak hendaklah diteruskan pada dan selepas Hari Merdeka
dengan Persekutuan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, Negeri digantikan sebagai
suatu pihak.
(3) Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai di mana-mana mahkamah
sebaik sebelum Hari Merdeka yang dalamnya Kerajaan Persekutuan atau mana-mana
pegawainya menjadi suatu pihak hendaklah, jika hal perkara ini termasuk dalam lingkungan
kuasa eksekutif Negeri, diteruskan pada dan selepas hari itu dengan Negeri itu digantikan
sebagai suatu pihak.
(4) Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai di mana-mana mahkamah
sebaik sebelum Hari Merdeka yang dalamnya sesuatu Negeri atau mana-mana pegawainya
menjadi suatu pihak hendaklah, jika hal perkara ini termasuk dalam lingkungan kuasa
eksekutif Persekutuan, diteruskan pada dan selepas hari itu dengan Persekutuan digantikan
sebagai suatu pihak.
(5) Peguam Negara hendaklah, atas permohonan mana-mana pihak dalam apa-apa
prosiding yang disebut dalam Perkara ini, memperakui sama ada Persekutuan atau sesuatu
Negeri hendak, mengikut Perkara ini, digantikan sebagai suatu pihak dalam prosiding itu,
dan apa-apa perakuan sedemikian hendaklah, bagi maksud prosiding itu, menjadi muktamad
dan mengikat semua mahkamah, tetapi tidaklah berkuat kuasa untuk menjejaskan hak dan
obligasi Persekutuan dan mana-mana Negeri antara sesama mereka sendiri.”.

