Page 79 - FINAL-JUMAAT-MANUAL
P. 79
SMK PAYA RUMPUT, MELAKA
2.0 BUKU REKOD PERSEDIAAAN MENGAJAR
2.1 Peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkenaan dengan
pengisian Buku Rekod Persediaan Mengajar hendaklah dipatuhi.
2.2 SMKPR menggunakan e-RPH, maka perkara berikut mesti dimuat naikkan di dalam tapak
e-rph guru masing-masing
a. Salinan Jadual Waktu Persendirian serta analisisnya sekali.
b. Salinan DSKP, Sukatan Pelajaran dan HSP.
c. Rancangan Pelajaran Harian mengikut minggu/bulan.
d. Penulisan e-rph mestilah mengikut format semasa.(KSSM atau KBSM)
3.0 HUBUNGAN GURU – MURID
3.1 Sebagai pendidik, guru diperlukan mempunyai hubungan yang rapat dengan murid-
Muridnya dan cuba memahami dan mengetahui masalah yang dihadapi oleh muridnya.
3.2 DISIPLIN MURID ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB SEMUA GURU.
Segala pelanggaran disiplin hendaklah diambil tindakan segera oleh guru.
Pelanggaran disiplin yang serius seperti surat pekeliling KP. 8553/Vol. 2/(55)bertarikh
04/11/1975 hendaklah dirujuk kepada guru disiplin / Guru Besar.
3.3 Guru-guru yang mengajar dalam kelas hendaklah mengawal disiplin murid-muridnya
dan sentiasa mengawasi supaya tidak ada murid yang ponteng dari kelasnya dan semua
murid dalam keadaan bersedia untuk belajar sepanjang proses P&P.
3.4 Guru hendaklah menunjukkan teladan dan sikap serta perwatakan yang sesuai untuk
dihormati dan dipandang tinggi oleh murid.
3.5 Guru yang mendapati murid sakit atau ditimpa kemalangan hendaklah melaporkannya
kepada Guru Bertugas Harian atau kepada Penolong Kanan dengan segera.
79

