Page 82 - FINAL-JUMAAT-MANUAL
P. 82

SMK PAYA RUMPUT, MELAKA

7.0 TANGGUNGJAWAB GURU MATA PELAJARAN
7.1 Mengetahui sedalam-dalamnya ( menguasai ) tentang mata pelajaran yang akan diajar

        dan sukatannya.
7.2 Menyampaikan pelajaran dengan cara yang paling berkesan termasuk penggunaan

        TMK, PAK 21 , peta i-think dan sebagainya
7.3 Memeriksa buku kerja / latihan murid masing-masing. Menghantar buku latihan murid

        kepada Pengetua/ Penolong Kanan/ Ketua Panitia mata pelajaran berkenaan apabila
        dikehendaki berbuat demikian
7.4 Menyediakan soalan-soalan peperiksaan (JSU & JSI) dan memeriksa jawapan-jawapan,
        mengikut skema pemarkahan yang ditetapkan.
7.5 Markah-markah peperiksaan hendaklah di masukkan ke dalam sistem SAPs.
7.6 Menganalisis keputusan ujian dan peperiksaan bagi mata pelajaran.(Analisis Item)
7.7 Mengadakan kelas-kelas tambahan, jika perlu
7.8 Mengambil tahu akan perubahan sukatan pelajaran
7.9 Menghadiri kursus-kursus tertentu yang dikekolakan oleh Kementerian Pendidikan,
        Jabatan Pendidikan Negeri atau Sekolah.
7.10 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang diadakan oleh panatia mata pelajaran.
7.11 Mengawasi peperiksaan atau ujian yang diadakan dengan rapi untuk mengelakkan
        penyelewengan.
7.12 Menilai pencapaian murid-murid serta mengesan kelemahan dan kekuatan bagi tujuan
        meningkatkan lagi prestasi pengajaran dan pembelajaran.
7.13 Menjalankan kerja-kerja baikpulih ( remedial ) bagi murid-murid yang lemah.

                                                                                                       82
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87