Page 81 - FINAL-JUMAAT-MANUAL
P. 81

SMK PAYA RUMPUT, MELAKA

6.0 TANGGUNGJAWAB KETUA PANITIA MATA PELAJARAN

6.1 Ahli JK Kurikulum sekolah dan menjadi pengerusi panitia matapelajaran.
6.2 Mendapat dan mengedarkan sukatan pelajaran berkenaan kepada guru-guru mata

       Pelajarannya
6.3 Mengambil tahu akan perubahan-perubahan dalam sukatan pelajaran masing-masing.
6.4 Mengadakan dan memanggil mesyuarat panitia seberapa kerap yang boleh ( Sekurang

       kurangnya 4 kali setahun ) untuk menerangkan rancangan atau lain-lain hal yang
       berhubung dengan mata pelajaran.
6.5 Mengetahui senarai buku-buku teks yang hendak digunakan oleh guru mata pelajaran.
6.6 Bertanggungkawab untuk menentukan rancangan tahunan/mingguan dan bahan bantu
       belajar yang sesuai.
6.7 Membantu Pengetua, penyelaras memeriksa buku-buku latihan , membuat laporan
       mengenai kerja-kerja yang berkaitan.
6.8 Memberi bimbingan kepada guru-guru baru tentang sukatan pelajaran, rancangan
       pelajaran, buku teks, ujian dan lain-lain.
6.9 Menyimpan dan mempastikan stok bahan bantu belajar dalam keadaan yang kemaskini.
6.10 Membuat anggaran belanjaan tahunan bagi mata pelajarannya.
6.11 Menjadi penasihat kepada persatuan yang berasaskan mata pelajaran berkenaan, jika
       perlu.
6.12 Mengambil berat tentang masalah pembelajaran murid dan berikhtiar untuk meningkatkan
       lagi prestasi akademik.
6.13 Menyelaras dan mengagihkan penyediaan kertas soalan ujian/peperiksaan dalam
       kalangan ahli panitia.
6.14 Menganalisa kertas soalan ujian, kertas jawapan dan keputusan peperiksaan dan
       berbincang sesama ahli panitia untuk tindakan susulan.
6.15 Menentukan target matapelajaran berasaskan peperiksaan akhir tahun.
6.16 Menyediakan Pelan Taktikal, Pelan Operasi dan laporan tahunan

                                                                                                       81
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86