Page 88 - FINAL-JUMAAT-MANUAL
P. 88

SMK PAYA RUMPUT, MELAKA

    Guru Khidmat Komputer
i. Membantu pentadbir menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan pengurusan

         komputer termasuk keperluan-keperluan semasanya.
ii. Mempunyai catatan (Buku Stok) semua perbekalan alatan atau perkakasan serta

         perisisan (software) seperti komputer, kertas, disket, reben/dakwat dan lain-lain.
iii. Bertanggungjawab untuk melatih dan membudayakan penggunaan komputer

         melalui program literasi komputer yang bersesuaian
iv. Menggalakkan pengunaan komputer untuk tugas-tugas pengajaran dan

         pembelajaran.
v. Berusaha mengelas dan mengkatalog disket/CD/CDRI yang dimiliki.
vi. Merancang aktiviti unit komputer.
vii. Menyediakan keperluan operasi yang sistematik seperti jadual waktu, rekod

         penggunaan dan lain-lain.
viii. Melapor sebarang kerosakan supaya dapat dilakukan tindakan baikpulih atau

         penggantian dengan kadar yang segera.
ix. Menyediakan Senarai Semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas

         yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.
x. Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang

         diarahkan oleh pihak pentadbir sekolah.

    Penyelaras NILAM

i. Berperanan sebagai penyelaras dalam Jawatankuasa Program NILAM sekolah.
ii. Memastikan pelaksanaan Program NILAM berjalan lancar di sekolah.
iii. Menyampaikan segala maklumat dan keperluan Program NILAM kepada Pengetua

         dan Penolong Kanan Pentadbiran.
iv. Mengetuai Majlis Taklimat dan Jawatankuasa Pelancaran Program NILAM
v. Mengetuai Panel Penilaian Anugerah Program NILAM sekolah.
vi. Mengurus bajet untuk Program NILAM sekolah.

                                                                                                   88
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93