Page 86 - FINAL-JUMAAT-MANUAL
P. 86
SMK PAYA RUMPUT, MELAKA
Guru Khidmat Perpustakaan
i. Membantu PSS dalam mengelola pembelian dan penggunaan perpustakaan.
ii. Melatih dan menyelia petugas-petugas perpustakaan untuk membantu pengurusan
perpustakaan.
iii. Memastikan bahawa perpustakaan diurus dengan teratur dan bersistematik.
iv. Membantu merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti perpustakaan.
v. Merancang anggaran belajanjawan tahunan perpustakaan.
vi. Menyimpan dan menyelaras rekod-rekod yang berkaitan dengan pengurusan
perpustakaan yang bersistem dan terkini.
vii. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada guru-guru dan para pelajar yang
memerlukan.
viii. Memperoleh dan menyemak alat-alat perolehan (bibliografi, katalog penerbit, senarai
tajuk dan lain-lain) untuk mengetahui jenis-jenis dan tajuk-tajuk buku yang perlu
dibeli untuk menambahkan koleksi di perpustakaan.
ix. Menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun.
x. Membantu mengelas dan mengkatalog bahan-bahan dari koleksi.
xi. Menyediakan katalog yang kemaskini untuk kemudahan rujukan guru-guru dan para
pelajar yang memerlukan.
xii. Menyediakan jadual waktu penggunaan perpustakaan yang praktikal dan berkesan.
xiii. Melantik Pengawas PSS dan mengadakan program-program latihan yang
bersesuaian dengan keperluan.
xiv. Membantu menguruskan semua program media PSS yang berkaitan dengan
perkhidmatan perpustakaan.
xv. Membantu menguruskan semua program media PSS yang berkaitan dengan
perkhidmatan perpustakaan.
xvi. Membantu para pelajar untuk memilih buku-buku dan bahan yang bersesuaian untuk
bacaan dan rujukan.
xvii. Membantu sesi tunjuk ajar kepada para pelajar tentang cara-cara memaksimumkan
penggunaan perpustakaan demi peningkatan akademik.
xviii. Menyediakan Senarai Semak yang bersesuaian untuk memastikaan semua tugas
yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.
xix. Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang
diarahkan oleh pihak pentadbiran.
Guru APD/Bilik Tayang
Menggalakkan pembudayaan pengguanaan media teknologi pendidikan terutamanya alat
dan bahan tayangn, rakaman serta penggunaan nota-nota yang bersesuaian untuk
digunakan.
i. Membina koleksi pita-pita video dan audio atau sumber-sumber teknologi pendidikan
yang bersesuaian untuk kegunaan guru dan para pelajar dalam pengajaran dan
pembelajaran.
ii. Berusaha mengambil tindak ikut untuk mempertingkatkan penggunaan APD.
iii. Menyediakan jadual penggunaan, statistik, rekod penggunaan dan mempamerkan
bahan-bahan yang bersesuaian bagi memastikan kecemerlangan perkhidmatan
yang disediakan.
iv. Menyediakan dan mengedarkan indeks / katalog alat bantu mengajar dari semasa
ke semasa untuk pengetahuan guru-guru dan para pelajar yang memerlukan.
v. Melapor sebarang kerosakan alatan supaya segera dibaikpulih dengan secepat
mungkin.
86

