Page 87 - FINAL-JUMAAT-MANUAL
P. 87
SMK PAYA RUMPUT, MELAKA
vi. Merancang anggaran belanjawan tahunan bagi menyediakan perkhidmatan TV
Pendidikan dan Radio Pendidikan.
vii. Merancang dan menjalankan program-program yang bersesuaian untuk
meningkatkan penggunaan APD secara berkesan.
viii. Menyediakan catatan dalam buku-buku laporan tentang sebarang aktiviti yang telah
dijalankan untuk tujuan penyemakan dan rekod.
ix. Menyediakan Senarai Semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas
yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.
x. Menyediakan keperluan operasi yang sistematik seperti jadual waktu, dan lain-lain
xi. Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang
diarahkan oleh pihak pentadbir sekolah.
Guru Bahan Bantu Mengajar
i. Mencatatkan semua bekalan alat bekalan alat perkakasan (hardware) dan bahan-
bahan perisian (software) yang dibeli atau diterima ke dalam buku stok alat bantu
mengajar.
ii. Mengelas dan mengkatalog semua bahan perisian yang dibeli atau diterima.
iii. Menyediakan dan mengedarkan catalog/ indeks alat bantu mengajar dari semasa
ke semasa untuk pengetahuan guru-guru dan para pelajar yang memerlukan.
iv. Mengadakan sesi perkembangan staf dalam pembinaan media kos rendah dan
praktikal serta untuk menggalakkan penggunaan media pengajaran-pengajaran
yang bersesuaian oleh guru-guru dan para pelajar.
v. Menasihati dan membimbing guru-guru serta pelajar tentang kaedah memilih jenis-
jenis media yang bersesuaian, praktikal dan berkesan untuk pengajaran dan
pembelajaran.
vi. Mewujudkan budaya pinjaman dan penggunaan alat dan bahan bantu mengajar
yang sistematik dan berkesan khususnya bagi keperluan pengajaran para guru.
vii. Mengadakan promosi bagi menggalakkan penggunaan ABM dari semasa ke
semasa untuk makluman guru dan pelajar.
viii. Melaporkan sebarang kerosakan alat-alat perkakasan atau perisian kepada
Penyelaras PSS supaya tindakan segera boleh dilakukan untuk penggantian atau
pembaikan.
ix. Menentukan bahawa semua peralatan bantu mengajar agar sentiasa dalam
keadaan baik untuk digunakan.
x. Menyediakan dan menyelaras buku-buku rekod yang perlu untuk memudahkan
penyemakan oleh pihak pengurusan ataupun bagi tujuan semakan oleh pegawai-
pegawai penddikan yang memerlukan.
xi. Menentukan supaya Buku Rekod Penggunaan disediakan untuk kemudahan para
pengguna membuat catatan penggunaan yang perlu.
xii. Menyediakan Senarai Semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas
yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.
xiii. Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang
diarahkan oleh pihak pentadbiran.
87

