Page 62 - KSSMPK Pend_Jasmani_dan_Pend_Kesihatan_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 62

Pengenalan Kriket


           Kriket	ialah	permainan	yang	menggunakan	pemukul	dan	bola	yang	dimainkan
           oleh	 dua	 pasukan	 dengan	 11	 orang	 pemain	 setiap	 pasukan.	 Permainan	 ini
           dimainkan	dalam	padang	atau	kawasan	rata.	Di	tengah-tengahnya	terdapat
           sebuah	petak	segi	empat	tepat	untuk	kegunaan	membaling,	memukul	dan
           membuat	larian	yang	dikenali	sebagai	pitch.
              Objektif	permainan	bagi	pasukan	yang	memukul	ialah	mereka	akan	cuba
           untuk	membuat	larian	sebanyak	mungkin	antara	dua	wiket	atau	membuat
           pukulan	kuat	melepasi	sempadan	bagi	mengumpul	larian	terbanyak.	Pasukan
           yang	 memadang	 akan	 cuba	 mengehadkan	 larian	 pasukan	 lawan	 dengan
           mematikan	pemukul	melalui	jatuhan	wiket.

           Lapangan	Tengah	(Pitch)

                    1.22	  1.22
                   meter meter                                       Popping	  Return
                                                                     crease    crease



                  2.64	meter  Stumps                                                    3.66	meter







                                                17.68	meter

                                                20.12	meter                            Bowling
                                                                                        crease
                                                22.56	meter
                                       Ukuran	lapangan	tengah	(Pitch)






                           10.56	cm                    83	cm      Bet	Kriket

                  Info


              Mengikut	peraturan	pertandingan	kriket	Majlis	Sukan	Sekolah-sekolah	Malaysia	(MSSM)	2016,
              etika	berpakaian	untuk	pemain	kriket	adalah	seperti	berikut:
              •	  Pemain	diwajibkan	memakai	pakaian	kriket	(90%	cream	atau	off	white).
              •	  Pakaian	inner	pemain	haruslah	berwarna	putih.
              •	  Kasut	spikes	tidak	dibenarkan	kerana	permainan	dijalankan	atau	jutt	mating	dan
                 artificial	strip.

             54
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67