Page 6 - PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN TING 3 PK_Neat
P. 6
PENDAHULUAN
PENDIDIKAN KESIHATAN
UNIT 1 Kesihatan Diri dan Reproduktif 117 Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Pendidikan Khas
Tingkatan 3 ini memfokuskan keseluruhan Dokumen Standard Kurikulum dan
UNIT 2 Penyalahgunaan Bahan 123 Pentaksiran (DSKP), Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas
(KSSMPK). Kandungan dalam buku ini merangkumi Standard Kandungan (SK)
UNIT 3 Pengurusan Mental dan Emosi 129 dan Standard Pembelajaran (SP) yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku ini mengandungi dua
UNIT 4 Kekeluargaan 135 bahagian, iaitu Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
UNIT 5 Perhubungan 141 Kandungan bahagian Pendidikan Jasmani dibina berdasarkan lapan unit
pembelajaran yang dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Bidang Kemahiran
UNIT 6 Penyakit 147 dan Bidang Kecergasan. Manakala kandungan bahagian Pendidikan Kesihatan
dibina berdasarkan sembilan unit pembelajaran yang dibahagikan kepada
UNIT 7 Keselamatan 153 tiga elemen utama, iaitu Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS),
Pemakanan, dan Pertolongan Cemas.
UNIT 8 Pemakanan 159
Setiap unit pembelajaran dipersembahkan dan dipaparkan dalam bentuk yang
mudah dan menarik melalui info grafik, foto, dan juga ilustrasi. Maklumat tambahan
UNIT 9 Pertolongan Cemas 165
yang berkaitan dengan kandungan pembelajaran dimasukkan dalam bentuk
QR Code. Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ditekankan dalam
Senarai Rujukan 169 penyediaan kandungan. Halaman rangsangan bagi setiap unit pula
Indeks 170 dipersembahkan dalam pelbagai bentuk.
Pada akhir setiap unit terdapat latihan dan rumusan bagi
merangsang minat murid dalam pembelajaran. Latihan pengukuhan disediakan
bagi menilai tahap penguasaan murid dalam pembelajaran. Aktiviti berkumpulan
dilakukan untuk menguji sejauh mana kemahiran murid. Rumusan bagi setiap
topik dipersembahkan dalam bentuk peta pemikiran, ilustrasi, ataupun foto dan
penerangan ringkas.
Kandungan buku ini memberi fokus kepada kemahiran asas pergerakan tubuh
badan, permainan, sukan, rekreasi, dan kesenggangan dan kecergasan. Aktiviti,
kaedah, atau teknik pengajaran dan pembelajaran yang ditunjukkan diolah dan
disesuaikan mengikut murid berkeperluan khas agar murid dapat melakukan aktiviti
pendidikan jasmani dengan selamat dan mencapai kepuasan kendiri.
Diharapkan semoga segala usaha murni daripada pelbagai pihak dalam
penerbitan buku teks ini dapat membantu guru dan murid berkeperluan khas bagi
menjayakan objektif KSSMPK dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
vi vii

