Page 7 - PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN TING 3 PK_Neat
P. 7

PENDAHULUAN


 PENDIDIKAN KESIHATAN


 UNIT 1  Kesihatan Diri dan Reproduktif  117  Buku  Teks  Pendidikan  Jasmani  dan  Pendidikan  Kesihatan  Pendidikan  Khas
            Tingkatan  3  ini  memfokuskan  keseluruhan  Dokumen  Standard  Kurikulum  dan
 UNIT 2  Penyalahgunaan Bahan   123  Pentaksiran  (DSKP),  Kurikulum  Standard  Sekolah  Menengah  Pendidikan  Khas

            (KSSMPK).  Kandungan  dalam  buku  ini  merangkumi  Standard  Kandungan  (SK)
 UNIT 3  Pengurusan Mental dan Emosi  129  dan Standard Pembelajaran (SP) yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan
            Kurikulum  (BPK),  Kementerian  Pendidikan  Malaysia.  Buku  ini  mengandungi  dua
 UNIT 4  Kekeluargaan  135  bahagian, iaitu Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.


 UNIT 5  Perhubungan  141     Kandungan  bahagian  Pendidikan  Jasmani  dibina  berdasarkan  lapan  unit
            pembelajaran yang dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Bidang Kemahiran
 UNIT 6  Penyakit  147  dan  Bidang  Kecergasan.  Manakala  kandungan  bahagian  Pendidikan  Kesihatan
            dibina  berdasarkan  sembilan  unit  pembelajaran  yang  dibahagikan  kepada
 UNIT 7  Keselamatan  153  tiga  elemen  utama,  iaitu  Pendidikan  Kesihatan  Reproduktif  dan  Sosial  (PEERS),
            Pemakanan, dan Pertolongan Cemas.
 UNIT 8  Pemakanan  159
                 Setiap unit pembelajaran dipersembahkan dan dipaparkan dalam bentuk yang
            mudah dan menarik melalui info grafik, foto,  dan juga ilustrasi. Maklumat tambahan
 UNIT 9  Pertolongan Cemas  165
            yang  berkaitan  dengan  kandungan  pembelajaran  dimasukkan  dalam  bentuk
            QR  Code.  Elemen  Kemahiran  Berfikir  Aras  Tinggi  (KBAT)  ditekankan  dalam
 Senarai Rujukan   169  penyediaan  kandungan.  Halaman  rangsangan  bagi  setiap  unit  pula
 Indeks  170  dipersembahkan dalam pelbagai bentuk.

                 Pada  akhir  setiap  unit  terdapat  latihan  dan  rumusan  bagi
            merangsang minat murid dalam pembelajaran. Latihan pengukuhan disediakan
            bagi menilai tahap penguasaan murid dalam pembelajaran. Aktiviti berkumpulan
            dilakukan  untuk  menguji  sejauh  mana  kemahiran  murid.  Rumusan  bagi  setiap
            topik dipersembahkan dalam bentuk peta pemikiran, ilustrasi, ataupun foto dan
            penerangan ringkas.

                 Kandungan buku ini memberi fokus kepada kemahiran asas pergerakan tubuh
            badan,  permainan,  sukan,  rekreasi,  dan  kesenggangan  dan  kecergasan.  Aktiviti,
            kaedah, atau teknik pengajaran dan pembelajaran yang ditunjukkan diolah dan
            disesuaikan mengikut murid berkeperluan khas agar murid dapat melakukan aktiviti
            pendidikan jasmani dengan selamat dan mencapai kepuasan kendiri.

                 Diharapkan  semoga  segala  usaha  murni  daripada  pelbagai  pihak  dalam
            penerbitan buku teks ini dapat membantu guru dan murid berkeperluan khas bagi
            menjayakan objektif KSSMPK dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.







 vi                                                                                                vii
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12