Page 168 - buku teks mate kssmpk ting 3
P. 168

Latihan 3.1.3




                 1   Nisbah jisim Saiful tahun ini kepada jisimnya pada tahun lepas ialah 7 : 5.
                     (a) Saiful menjadi lebih ringan atau lebih berat pada tahun ini?
                     (b) Tulis nisbah jisim Saiful pada tahun ini kepada beza jisimnya dalam
                         dua tahun.


                 2   Di sebuah gerai durian, nisbah bilangan durian
                     yang dijual kepada bilangan durian yang tinggal
                     ialah 8 : 11. Terdapat 88 biji durian yang tinggal.
                     Hitung bilangan durian yang dijual.

                 3   Rajah menunjukkan pelan laluan kecemasan sebuah sekolah.
                     Skala bagi pelan ialah 1 : 5 000.

                                           Pelan Laluan Kecemasan Sekolah

                                                 pondok jaga     garaj         bilik
                                                                              sukan
                                                    Blok A  perhimpunan     Blok B  kantin
                                                               tapak
                                         padang


                                                    gelanggang                    Blok C
                                                    serba guna    makmal
                                                                 komputer

                     Dengan mengukur jarak laluan pada pelan, cari jarak sebenar dari
                     makmal komputer ke gelanggang serba guna dalam unit meter.


                 4   Nisbah bil air keluarga Encik Hafizal pada bulan Jun kepada bulan Julai
                     ialah 4 : 9. Beza bayaran bil air kedua-dua bulan itu ialah RM40.
                     Cari jumlah wang yang perlu dibayar oleh Encik Hafizal untuk bil air
                     kedua-dua bulan tersebut.

                                                                            1
                 5   Cuti persekolahan akhir tahun adalah selama 1             bulan. Semasa cuti,
                                                                            2
                     Rajesh menyertai Program Perkhemahan Persatuan Pengakap. Nisbah
                     masa cuti persekolahan kepada masa program perkhemahan ialah 5 : 1.
                     (a) Berapa harikah perkhemahan berlangsung?
                     (b) Berapa lamakah Rajesh dapat bercuti selepas perkhemahan?
                         Kira dalam unit minggu dan hari.


                  158
   163   164   165   166   167   168   169   170   171   172   173