Page 169 - buku teks mate kssmpk ting 3
P. 169
RUMUSAN
NISBAH
Nisbah dua kuantiti ialah perbandingan antara
dua kuantiti yang mempunyai unit yang sama.
MENYATAKAN NISBAH
► Ditulis dalam bentuk a : b atau a .
b
► Disebut sebagai nisbah a kepada b.
► Nisbah ditulis tanpa unit ukuran.
► Susunan tertib a dan b dalam a : b perlu
mengikut hukum tukar tertib, iaitu a : b ≠ b : a.
NISBAH SETARA
► Nisbah setara dapat diperoleh apabila kedua-dua kuantiti
dalam nisbah didarab ( × ) atau dibahagi ( ÷ ) dengan 3
nombor yang sama.
Contoh:
1 : 2, 2 : 4, dan 3 : 6 ialah nisbah setara
► Nisbah a : b adalah dalam sebutan terendah jika a dan b
ialah nombor bulat dan tidak mempunyai faktor sepunya Nisbah
selain daripada 1.
Contoh:
3 : 5 dan 7 : 6
MENYELESAIKAN MASALAH
► Kaedah Unitari
Mencari nilai bagi 1 bahagian terlebih dahulu
► Kaedah Kadaran
• Bentukkan nisbah bagi dua kuantiti yang berkaitan
• Tulis satu kesamaan
• Selesaikan
159

