Page 150 - MATEMATIK TING 2 PK
P. 150
Latihan 3.1.4
1 Kapal Star Cruise mengambil masa selama 2
hari 3 jam untuk belayar dari Pulau Pinang ke
Phuket. Kapal itu kemudiannya meneruskan
pelayaran ke Krabi dengan mengambil masa
1 hari 4 jam.
Hitung jumlah masa, dalam hari dan jam,
keseluruhan pelayaran itu.
2 2 minggu 1 hari Rajah di sebelah menunjukkan
Nimfa contoh peringkat perubahan
Telur seekor belalang.
5 minggu 3 hari Hitung tempoh masa bermula
dari peringkat telur sehingga
Belalang menjadi belalang dewasa.
3 Tarikh kicap mula diproses 3 Januari 2017
Tempoh masa pemprosesan 3 bulan 10 hari
Cari tarikh kicap dijangka siap diproses.
4 Tiga orang murid terpilih untuk melukis potret sempena Hari Ibu.
Berikut ialah tempoh masa yang telah diambil untuk menyiapkan potret
masing-masing.
Murid Kamil Ravin Melinda
Tempoh masa 84 jam 100 jam 95 jam
Kira tempoh masa, dalam hari dan jam, bagi setiap murid tersebut.
5 Teliti dialog di bawah:
Geetha: Umur saya 20 tahun 3 bulan. Berapa pula umur kamu, Akmal?
Akmal : Saya muda 4 tahun 4 bulan daripada kamu, Geetha.
Leena : Saya pula 9 bulan lebih muda daripada kamu, Akmal.
Berapakah umur Leena?
142

