Page 216 - MATEMATIK TING 2 PK
P. 216
5 Rajah yang berikut menunjukkan jarak antara rumah Fiqa dengan
sebuah kedai melalui sebuah taman rekreasi.
1 km 250 m OPEN
Rumah Fiqa Kedai
Taman
Rekreasi
Jarak dari taman rekreasi ke kedai adalah dua kali jarak dari rumah
Fiqa ke taman tersebut.
Berapakah jumlah jarak, dalam m, dari rumah Fiqa ke kedai?
6 Tinggi Yusof ialah 138 cm. Lee Shan 45 cm lebih tinggi daripada Yusof.
Hitung tinggi Lee Shan dalam unit meter.
7 Panjang sehelai kain ialah 10 m. Selepas digunakan untuk menjahit
sehelai alas meja, panjang kain yang tinggal ialah 4 m 15 cm.
Kira panjang kain untuk alas meja.
8 Jadual di bawah menunjukkan panjang dua batang sungai, A dan B.
Cari panjang sungai B dalam kilometer .
9 Rajah di bawah menunjukkan kedudukan empat buah rumah, P, Q, R,
dan S di sebuah kampung.
8 km
X
P Q R S
3 km
Rumah R terletak tengah-tengah antara rumah Q dan rumah S.
(a) Berapakah jarak, dalam km dan m, antara rumah P dan rumah R?
(b) Jika X berada di tengah kedudukan rumah P dan rumah Q, cari
jarak X dari rumah S.
208

