Page 212 - MATEMATIK TING 2 PK
P. 212

Contoh
             3       Jarak rumah Cikgu Isa dari sekolah ialah 2 km 800 m. Selepas
                     tamat waktu persekolahan, beliau memandu pulang ke rumah.
                     Setelah bergerak sejauh 360 m, beliau berpatah balik untuk
                     mengambil beg komputer. Kemudian, beliau balik semula ke rumah.
                     Kirakan jumlah jarak yang telah dilaluinya selepas sekolah untuk
                     sampai ke rumah.



                       Diberi          Jarak rumah dari sekolah = 2 km 800 m
                                       Jarak yang berulang = 2 kali 360 m

                       Dicari          Jumlah jarak yang dilaluinya.

                     Operasi           Tambah melibatkan pertukaran unit panjang.


                   Selesaikan          2 km 800 m + 360 m + 360 m =
                                       2 km 800 m = 2 800 m              Tukar unit km kepada m.


                  Cari jawapan dengan menggunakan kalkulator.

                  Langkah-langkah untuk mendapatkan jawapan.

                  1. Tekan butang      ON C   .


                  2. Tekan butang nombor  2              8   0        0  .


                  3. Tekan butang operasi  +  .

                  4. Tekan butang nombor  3              6   0  .


                  5. Tekan butang operasi  +  .


                  6. Tekan butang nombor lagi  3             6   0  .

                  7. Tekan butang  =  .

                  8. Jawapan dipaparkan di skrin  3   5   2   0  .


                     3 520 m =  3 km 520 m


                           Jumlah jarak yang dilalui ialah 3 km 520 m


            204
   207   208   209   210   211   212   213   214   215   216   217