Page 213 - MATEMATIK TING 2 PK
P. 213

Latihan 4.2.3


              1   Annisa membeli segulung reben berukuran 300 cm. Dia menggunakan
                  150 cm untuk menggubah beberapa kuntum bunga. Lili menggunakan
                  reben yang sama sebanyak 50 cm 5 mm untuk menghias sekeping kad.
                  Kira panjang, dalam cm dan mm, reben yang tinggal.


              2   Ali memandu sejauh 30 km 500 m dari Bandar Seroja ke Bandar Teratai.
                  Selepas 5 km perjalanan dari Bandar Teratai, Ali berhenti untuk berehat
                  dan meneruskan perjalanan sejauh 25 km 350 m lagi ke Bandar Orkid.
                  Hitung jumlah jarak, dalam km dan m, perjalanan Ali.



              3  Joey Loh mempunyai dua gulung benang. Panjang setiap
                  gulung benang ialah 5 m 50 cm. Dia menggunakan 1 gulung
                  benang dan 2 m 45 cm daripada benang yang kedua.
                  Hitung panjang benang yang digunakan.


              4  Berikut menunjukkan peta lokasi Chalet Bayu ke Pekan Kuala.


                                                  5 km 230 m


                    Chalet                                                               Pekan
                    Bayu                    Jalan utama                                  Kuala

                                                                     Jalan kedua


                  Terdapat dua jalan alternatif dari Chalet Bayu menuju ke Pekan Kuala.
                  Jika jarak jalan kedua lebih jauh sebanyak 3 km 450 m berbanding
                  jarak jalan utama, kira jarak jalan kedua dalam km.



              5  Berikut menunjukkan jarak ketinggian acara akhir lompat tinggi bagi tiga
                  orang peserta dalam satu sukan peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah
                  Daerah (MSSD).

                                       Peserta pertama: 1 m 50 cm

                        Peserta kedua: 1 m 67 cm           Peserta ketiga: 2 m 1 cm

                  (a) Cari beza jarak ketinggian lompatan peserta pertama dan kedua.
                  (b) Cari beza jarak ketinggian lompatan peserta pertama dan ketiga.


                                                                                              205
   208   209   210   211   212   213   214   215   216   217   218