Page 223 - MATEMATIK TING 2 PK
P. 223

GLOSARI







               anggaran   Pengiraan kasar bagi sesuatu nilai atau kuantiti.

                    bulan   Satu unit masa. Ada 12 bulan dalam satu tahun.

                 diskaun   Potongan harga daripada harga asal.

                  dividen   Keuntungan yang diberi kepada pelabur atau pemegang saham.

                    dozen   Dua belas unit.

                   faedah   Tambahan wang yang diterima atas simpanan dalam bank
                             atau dibayar atas pinjaman.

              harga jualan   Harga barang yang dijual.

              harga kos   Harga yang perlu dibayar untuk memperoleh sesuatu barang
                             atau perkhidmatan.

                       hari   Satu tempoh masa 24 jam yang bermula dari tengah malam.

                       jam   Unit ukuran bagi masa. 1 jam = 60 minit.

                     jarak   Ukuran panjang antara dua titik atau objek.

                kalendar   Sistem jadual yang menunjukkan hari, minggu dan bulan
                             dalam satu tahun tertentu.

                kerugian   Harga beli/kos melebihi harga jual.

             keuntungan   Harga jual melebihi harga beli/kos.

                kilometer   Unit ukuran bagi panjang atau jarak yang jauh. Singkatannya
                             ialah km.

                 komisen  Upah yang dibayar kepada wakil atau ejen kerana menjual
                             barangan atau perkhidmatan yang diberikan.

                     lebar  Ukuran panjang sisi yang lebih pendek pada satu objek.

                    masa   Tempoh antara dua peristiwa.

                    meter  Unit ukuran bagi panjang. Singkatannya ialah m.




                                                                                              215
   218   219   220   221   222   223   224   225   226   227   228