Page 224 - MATEMATIK TING 2 PK
P. 224

milimeter  Ukuran panjang yang sama dengan 0.001 meter.
                               Singkatannya ialah mm.

                    minggu  Jangka masa 7 hari.

                       minit  Unit ukuran bagi masa. 1 minit = 60 saat.

            nombor bulat  Terdiri daripada angka 0, 1, 2, 3…

                   panjang     Jarak atau ukuran antara dua titik atau dari hujung ke hujung.

                  pecahan      Nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan.

                penurunan  Perihal merendahkan harga, nilai dan lain-lain.

                    peratus    Sebahagian daripada seratus yang menggunakan simbol %.

               perpuluhan  Nombor yang mewakili pecahan dengan penyebut 10,
                               100, 1 000 dan seterusnya.

               persepuluh  Satu dibahagi sepuluh.

                perseratus  Dibahagikan dengan seratus.

                        saat  Unit ukuran bagi masa. Ada 60 saat dalam satu minit.

                senggatan  Tanda yang menunjukkan had atau takat sesuatu ukuran.

                sentimeter     Unit ukuran bagi panjang. Singkatannya ialah cm.

                                                                     1
                      tahun  Jangka masa 12 bulan atau 365  hari.
                                                                     4
                    takwim     Kalendar

                    tempoh  Masa dari mula hingga akhir peristiwa.

                       tertib  Susunan nombor atau objek mengikut urutan atau pola.

                      tinggi   Ukuran sesuatu objek dari tapak/bawah hingga ke puncak/atas.

            titik perpuluhan  Simbol yang digunakan untuk memisahkan nombor
                               bulat dan nombor persepuluh, iaitu (.).

                         unit  Kuantiti tetap yang digunakan sebagai piawaian pengukuran
                               seperti panjang, jisim, masa, luas, isi padu, dan sebagainya.

            untung bersih  Untung yang diperoleh selepas ditolak segala
                               perbelanjaan yang berkaitan.



            216
   219   220   221   222   223   224   225   226   227   228